Monday, February 21, 2011

Puding Roti Audit

 Disebabkan hari ni terlampau sibuk di ofis, menyebabkan saya agak sukar untuk berfikir dengan tenang. Ini kerna, sebelum ni saya rasa semua kerja saya sudah beres. Rupanya bila hampir dekat hendak diaudit, barulah saya perasan banyak lagi kerja saya yang tidak beres dan tercicir. Apa da. Sekarang duk kemaskini semula file lama dan baru.

Jadi strategi saya untuk mengurangkan stress ialah dengan memasak. Jadi saya buatlah kuih yang paling mudah ni. Dimana tidak perlu ditimbang bahannya. Cuma campak-campak sahaja ikut suka hati. Jadi saya buat Puding Roti. Pertama kali saya makan puding ini semasa menginap di Hotel Impiana KL. Sedapnya, kata saya. Saya ingat susah sangat bahan dan membuatnya. Rupanya senang sangat. Jadi saya sharelah resepi ni
Inilah hasilnya


Masih dalam loyang. Tengok cara potong pun dah menggambarkan tuan empunya tengah tension. Takde pisau-pisau nak potongnya. Saya guna sudu je. Kui...kui...
Puding Roti
Bahan A
8 keping roti - disiat-siat kecil
1 tin susu cair (400 ml)
Bahan B
2 sudu besar mentega - cairkan diatas api
4 sudu besar gula pasir
1 sudu besar tepung kastard
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Bahan C
Kismis
Badam
Coklat rice

Caranya:
1. Roti yang telah disiat kecil dicampur dengan susu cair. Gaul sebati. Biarkan selama setengah jam.
2. Campur semua bahan B dan gaul sebati.
3. Masukan bahan B ke dalam bahan A. Gaul sebati.
4. Masukan ke dalam loyang. Taburkan dengan bahan C ikut suka hati. Kalau nak sedap taburlah banyak-banyak.
5. Bakar dengan suhu 180 darjah selama 30 minit.
6. Dah siap, enak dimakan begitu saja....

Sedap, cubalah. Pasti tak rugi. Mudah sangat







MYSKILLS

Hari Jumaat hari tu saya menghadiri ujian saringan MySkills. Pergi dengan lenggang kangkung. Tanpa ada membuat persediaan. Habis tinggi saya duk study semula daya-daya dalam kejuruteraan. Punyalah lama tak tengok pengiraan ni, sampai dah lupa. f=ma pun dah tak ingat. Apalah, kata orang teknikal. Benda senang pun tak boleh fikir.

Selain itu, saya juga duk bukak balik buku cara nak kira guna angkup vernier dan mikrometer. Iyalah sekarang kan zaman digital, mana ada dah nak kira secara manual ni. Saya fikir mungkin soalan seperti ini yang akan keluar. Sampai bertekak dengan suami saya, gara-gara nak kira angkup vernier. Saya salahkan buku yang bagi jawapan salah. Kata suami saya, buku tak salah, kita yang salah kira. Inilah akibatnya kalau lama sangat tak guna. Tambahan terlampau berharap pada barang yang digital. Tu yang otak jadi tepu, tak boleh nak gerak sangat otak kiri.

Budak-budak kalau nak pandai matematik senang aje. Minta mereka menjalankan urusniaga, atau tolong orang meniaga. Dengan automatik mereka akan pandai mengira kerana banyak mengira secara spontan tanpa bantuan mesin pengira. Ini terbukti, dengan sepupu saya. Punyalah payah nak belajar matematik. Asas pengiraan seperti tambah, tolak pun terkial-kial nak kira. 
Sampai saya kata kat dia, 
"Ya (nama gelaran sepupu saya), apa kata kau rebus buku ni, pastu minum air rebusannya. Mesti kau senang nak terima matematik ni"
Kecik hati dia dengan saya, sampai dia kata
" Sampai hati kau lang. Bukan tak nak belajar, tapi bila belajar tak faham-faham. Tu yang malas belajar tu"
"Huh, alasan kau je tu" kata saya.

Lepas tu, masa cuti sekolah, emak saya ajak dia tolong jual kuih dekat kedai. Dia pun terima. Iyalah lepas jugak duit top-up diakan.  Bila dah tolong emak saya meniaga, saya tengok pengiraan dia bertambah baik. Malahan, adakalanya dia lebih cepat mengira secara spontan daripada saya. Sampai malu saya dekat pelanggan kedai mak. Iyalah, Mokya ketika itu masih kanak-kanak lagi(kalau tak silap darjah 5). Saya ni dah terbiasa mengharapkan bantuan kalkulator. Jadi otak tu lembab sikit. Akhirnya dia dah boleh kira dengan pantas, tanpa pembelajaran formal di sekolah.

Berbalik pada Myskills, sebelum masuk bilik komputer (sebab ujian saringan dijalankan secara berkomputer, senang nak tanda gamaknya), semua muka peserta ceria je. Siap boleh bergurau senda lagi. Yalah, saya agak semua ni kalau diberi ujian amali (secara hands-on) mesti dalam tangan ni. Semua arahan Inventor ada dalam kepala. Bagilah apa bentuk pun, mesti boleh lukis punya.

Bila dah masuk bilik ujian, semua muka (mungkin termasuk saya sendiri) berkerut-kerut. Siapada yang menguap lagi. Yalah, soalan dahlah dalam bahasa melayu, keliru pulak tu. Segala apa yang saya ulangkaji, satu pun tak masuk. Ia lebih banyak kepada soalan lukisan geometri dan Autodesk Inventor. Terbang melayang daya-daya dan angkup vernier saya. Cis....sia-sia saje saya study. Kalau tau, baik saya buka buku lukisan kejuruteraan tingkatan 4 dan 5. Takpun, saya tidur awal malam tu. Punyalah berkobar-kobar saya, sampai pergi pinjam buku dekat library, sekali tak keluar pun semua soalan spot saya.

Lagi satu, kita dah biasa menggunakan arahan dalam Bahasa Inggeris, sekali keluar soalan dalam Bahasa Melayu. Cukup mengelirukan. Contohnya, puas saya duk fikir, apalah penyempritan ni. Rupanya adalah extrude. Rakan saya pulak duk pening fikir apa kebendanyalah kambi ni. Bukan kambing tetapi kambi. Rupanya kambi tu adalah fillet. Itu saya dah tau, jadi saya tak terkejut sangat.

Agaknya, saya tak lepaslah saringan ni. Bukan apa, sebelum ni menurut rakan saya, bila sampai amali, kita diberi pilihan software yang ingin digunakan. Saya tak mahir Autodesk Inventor. Saya lebih kepada AutoCad dan Mechaninal Desktop. Terms dalam soalan saringan tu pun saya tak berapa faham. Rupanya wajib guna inventor. Jadi selamat tinggallah Myskill. Insya-Allah tahu depan saya cuba lagi dengan ilmu Inventor yang penuh di dada.

Apa-apapun good luck kepada rakan-rakan yang lain.









Selamat Terbang

Lebih kurang pukul 10.40 malam tadi kakak saya yang nama manjanya di rumah Along telah selamat terbang menuju ke Australia. Dia pergi atas urusan kerja.

Bestnya, kata saya pada suami. Bilalah saya pulak nak dihantar pergi kerja sejauh itu. Agaknya sampai pencen pun, saya tak dapat lagi. Iyalah, pergi secara percuma dimana makan, penginapan, pengangkutan ditaja. Sapa tak nak pergi. Habis tinggi cuma balik nanti kena buat report atau kerja sikit. Itu aje. Nak harap pergi sendiri, entahlah. Kosnya terlalu tinggi untuk kami sekeluarga. Tunggulah pertandingan More Jutaria tu kembali semula.

Apa-apapun itu dah rezeki Along saya. Jadi saya cuma berharap, dia akan selamat pergi dan selamat balik.

Sunday, February 20, 2011

Kesian anak saya

Baru mamanya pergi sehari, Arissa dah demam. Risau jugak saya. Takut denggi sebab demamnya tak sekali dengan batuk atau selsema. Cuma demam. Tapi hari ni dah okey. Tak demam dah.
Mak saya kata:
"Ha...buat lagi. Sampai demam dia kena tinggal. Lain kali bawak jer"
Suami saya pula tambah:
"Baru sehari tinggal dengan papa dah demam. Macamana nak kena tinggal seminggu dengan papa ni"
Sampai pengasuhnya pun kata:
"Hari ni Arissa macam tak larat je, lemah je"
Rupanya anak saya tu nak demam. Patutlah lemah. Mak saya kata:
"Iyalah, malam tu kan dia tak tidur sangat, tu yang lemah"

Sampai tertidur kat atas karpet. Yang kat blakang tu angah, sambil menjeling manja.
Tolong abaikan kabinet TV saya yang dah nak runtuh tu.

Saya seboleh mungkin menolak jika diberi tugasan luar. Selagi boleh menolak, selagi itu saya tolak. Tapi kata rakan saya, kalau nak maju dalam kerjaya kita tak boleh selalu menolak tugasan luar. Nak buat macammana. Hati saya ni tak sampai hati nak tinggalkan mereka.

Apa saya kata pada suami:
"Takpelah pa, nanti anak-anak dah besar (dah sekolah) barulah tumpukan pada kerjaya"
Kata suami saya:
"Iyalah tu, takut nanti kut Arissa ada lagi adik ye."

Ha...ha...ha......Patutlah sehingga kini saya masih belum dapat pekerja cemerlang. Pekerja harapan sahaja dah dapat.

Friday, February 18, 2011

Selamat sampai Kuantan

Semalam dalam pukul 2.30pm, saya bersama seorang rakan ofis bertolak ke Putrajaya. Sampai dalam pukul 5.45pm. Rupanya kakngah saya belum sampai rumah lagi. Dia sibuk ambil anak-anak dia kat sekolah dan pergi beli barang.
Pemandangan dari tingkat 15.
Nilah hasil dari kamera cap ayam saya

Bertapa gayatnya saya bila memandang ke bawah. Tulah, tak biasa duduk dekat bangunan tinggi ni. Dekat Kuantan rasanya tak ada bangunan setinggi ni. Tak taulah kalau saya silap.


Memang saya rasa tak boleh duduk kawasan Kuala Lumpur dan Selangor ni. Saya dah biasa keluar dan balik kerja lewat. Kalau balik kerja pukul 5.00 petang, pukul 5.15pm saya dah sampai rumah. Dah boleh jemput anak-anak. Dah boleh golek-golek sambil nanyi lagu hindustan atas tilam, dah boleh kuak lentang atas katil, dah boleh makan cendol Ramlee depan rumah. Yang paling penting dah boleh tengok anak-anak buat ragam. Ini kerna, anak saya kalau sampai aje kat rumah, mulalah buat perangai. Ada yang nangis tak nak masuk, ada yang berlari mandi dengan pantasnya nak cepat sebab nak main dekat luar. Kalau mood mama ngan papa baik, bolehlah main kat luar, kalau tak terperuklah dalam rumah samapi pagi esok.

Satu lagi duduk bandar besar, saya tak tahan makan roti dengan jem kesesakan lalulintas. Saya ni kan orang kampung. Jadi dah biasa duduk kawasan yang aman damai. Abis tinggi pun dekat Kuantan ni jem depan Giant atau depan Benteng. Itupun saya kadang-kadang aje masuk bandar Kuantan.

Selain tu kawan seofis saya tu bogik degil dalam bahasa Negeri Sembilan. Saya kata bawaklah GPS. Dia kata takpe, boleh punya. Last tadi, masa nak pergi Shah Alam sedap saya makan langsat sesat. Nasib baik sempat ambik periksa lagi. Kalau tak datang saje. Dia ni buta IT sikit. Dia sebenarnya tak berapa tau fungsi GPS. Jadi dia takut lebih sesat kalau guna GPS. Apa da punya olang...... Belajar tinggi, tapi benda ni pun tak tau .... kui...kui...

Habis je periksa tadi lebih kurang pukul 10.30 pagi, terus kami cabut balik. Ini kerna saya dah rindu banget sama anak-anak. Terutama Arissa lah. Diakan susu badan. Jadi malam tadi papa kata dia nangis cari saya. Sayu je hati saya. Rasa nak balik je malam tu. Lepas jer Arissa tidur, barulah Papa sempat makan. Ini pun sebab abang-abangnya turut dah tidur. Arissa pun walau dah tidur, tapi sejam sekali dia bangun. Iyelah, duk cari susu dia yang dah lari ke Putrajaya. Kesian dia. Itulah cabaran kalau anak susu badan ni. Tapi yang bestnya, dia akan rapat dengan mamanya. Takpelah mama pergi sehari je. Ni pun dah sampai Kuantan. Kejap lagi dah boleh ambik dia.

Saya harap janganlah saya ditakdirkan terpaksa tinggal dibandar besar ni. Biarlah saya ditempatkan tempat seperti Kuantan yang aman dan damai ni, walau orang di dalamnya tak berapa damai.

Thursday, February 17, 2011

Mini kek

Ini untuk dijadikan doorgift untuk kenduri doa selamat yang dibuat pada malam 24 Disember 2010 hari tu. Layan...........

Mini kek coklat kukus










Malam ni mama takde

Abang masa konvo mama
Sejak melahirkan Arissa, saya tak pernah lagi meninggalkannya atas jagaan orang lain pada malam hari. Ini kerana dia masih lagi menyusu badan dengan saya. Kalau ditakdirkan saya terpaksa bekerja dan bermalam di luar, saya akan pastikan dia ikut sekali. Ini bermakna suami saya terpaksa mengambil cuti dan ikut saya. Dengan ini, bermakna abang-abangnya juga terpaksalah ponteng sekolah.
Ni angah. Dia ni happy je, tapi kuat merjuk




Arissa masa ni baru 4 bulan
 Lebih kurang setahun selaras dengan umur Arissa yang sudah menjangkau  setahun sebulan. Belum pernah lagi saya meninggalkannya di malam hari. Saya tak sampai hati dan bimbang suami tak dapat menjaganya pada waktu malam. Jadi saya seboleh mungkin akan menolak kerja luar daerah yang diberikan. Jika terpaksa, saya akan membawanya bersama-sama angkatan tentera saya.


Pernah sekali, kalau tak silap saya, ketika itu Arissa baru berumur 4 bulan. Saya terpaksa menduduki peperiksaan untuk kenaikan pangkat. Jadi hendak tak hendak saya kena pergi selama 3 hari. Jadi saya bertanya kepada suami:
"Pa, saya kena ambik periksa kat Kota Bharu pada tarikh sekian-sekian. Macamana dengan Arissa yer"
Suami saya terdiam, mungkin berfikir kut. Lepas tu dia kata:
"Kalau macam tu, bawak lah Arissa sekali. Nanti saya ambik cuti jaga dia dalam bilik."
Lepas tu saya tanya lagi:
"Abang macamana? Diakan sekolah?
Suami saya kata:
"Nak buat macamana, ponteng lah sekolah. Pa takut Arissa tak tidur aje malam-malam. Lepas tu takut dia nangis yang tak boleh dipujuk tu. Seram jugaklah."
"Kalau gitu bawak aja lah" kata saya.

Ini kerana kami pernah mengalami dimana anak kedua saya, angah yang juga menyusu badan selama dua tahun. Kebetulan masa tu saya balik kampung. Jadi saya gatal kaki pergi ikut emak dan kakak pergi ke pekan Kuala Pilah. Lebih kurang dua jam lepas tu, ayah saya telefon emak. Dengan nada cemas dia meminta kami balik rumah. Ini kerna Angah menangis tak henti-henti. Tak boleh dipujuk. Sampai biru badan dia menangis mencari saya. Kami pun bergegaslah pulang.

Sampai rumah, angah dah tertidur keletihan menangis. Marah ayah pada saya. Dia kata:
"Lain kali kalau nak keluar, bawak dia sekali. Macam nak pengsan menangis"

Suami saya diam aja. Mungkin dia pun tension jugak sebab saya tinggalkan angah. Biasanya kalau kat rumah saya sendiri, angah boleh je tinggal dengan papanya. Mungkin dia tengok ada orang yang dia jarang jumpa. Agaknyalah. 

Lagi satu, angah ni dah biasa menyusu badan siang dan malam. Ini kerna saya pernah ada bibik sempena kelahiran angah. Tapi tak sampai 4 bulan saya hantar balik bibik tu. Nanti lain kalilah cerita pasal bibik saya tu. Jadi saya akan balik tengahari untuk menyusukannya. Malam-malam memang sepenuhnya susu badanlah. Jadi papanya tak biasa lagi beri Angah susu tepung. Tu yang angah ngamuk tu. Iyalah mungkin dia fikir, biasanya kalau di rumah, akan direct susu badan. Apasal tetiba bagi susu dalam botol ni. 

Jadi hari ni, ini kali pertama saya terpaksa meninggalkan Arissa di rumah bersama papanya. Jadi malam ni mamanya takdelah. Boleh ke ni dik? Lagi satu si adik ni biasanya kalau malam-malam dialah yang paling last sekali tidur. Sampai malam Selasa hari tu, suami saya kata:
"Macamanalah nak tinggal dengan papa ni Arissa. Tidur malamnya pun lambat. Lepas tu nak berimpit aje dengan mama. Kalau bawak tidur dalam bilik, duk panjat katil, kacau abang-abang yang dah tidur"

Mama harap janganlah adik nangis cari mama. Adik anak yang baik kan. Dia takkan susahkan mama dengan papa dia. Mama pergi kejap aje. Petang esok mama dah ada. Cuma malam ni aje mama takde.

Lagipun, bagilah mama korang ni berkepak macam burung. Lepas terbang bebas. Sesekali. Bukan ghitu ke pa.....kui...kui.....
Kalau berjaya malam nanti, lain kali boleh pergi lagi.......

Wednesday, February 16, 2011

Jiran sebelah rumah

Aku ni kalau nak dikira adalah jiran yang paling baik dalam dunia. Ini kerna sampai sekarang aku tak tau nama jiran sebelah rumah. Bukan apa, balik aja kerja, terus memerap dalam rumah. Jiran aku pun camtu. Nak kata bandar besar, duduk taman kat kampung jer. Orang kampung pun dah sombongkan. Tak kenal jiran.

Cuma kalau petang-petang tu kami bagilah anak-anak keluar. Itupun main depan rumah jer. Si abang tu tak boleh lepas sangat. Sebab belakang taman aku ni ada sawah padi kat bandar pun ada sawah. Belakang sawah tu ada sungai besar. Ramailah yang pergi mancing kat sawah dan sungai tu. Kawan-kawan abang pun ramai yang mancing kat situ. Kecik-kecik dah pandai mancing. Aku malaslah nak bagi abang pergi mancing ngan kawan-kawan dia kat situ. Sekali bagi, tiap-tiap hari nak pergi lagi. Bahayalah .....

berbalik kepada jiran aku yang baik hati ni. Dia ada lebih kurang 3-4 orang anak. Aku pun tak pasti berapa orang. Yang lainnya dah besar-besar (sekolah menengah jer), tapi anak yang kecik sekali sebaya dengan angah 4 tahun. Tapi ya Rabbi. Pening kepala aku. Dia buat aku dan suami macam mak bapak dia. Siap panggil mama dan papa lagi. Dia dengar angah panggil macam tu, dia pun panggil jugaklah. Dia jugak buat rumah aku macam rumah dia. Yang tak tahan tu, kalau dia sampai rumah dulu daripada kami petang lepas kerja, boleh dia tunggu kami depan pintu pagar. Lepas tu sama masuk kat rumah. Masuk je tak pe, dibantainya cari DVD, main kat bilik belakang. Sampai aku tanya kat suami:
"Pa, anak kita sebenarnya 3 ke 4. Bila pulak kita ada sorang lagi anak ni"

Pening kapla bila dia pergi kencing depan rumah aku. Nak dimarah, aku tak sampai hati. Budak lah katakan. Yang patut kena marah, mak bapak dia. Aku dahlah penat-penat balik kerje, pastu kena layan anak dia pulak. Anak aku sendiri pun tak terlayan. Hailah jiran sebelah, bilakah kau akan mengerti.

Kadang-kadang kesian jugak dekat budak tu, nama dia Adam. Bukan apa, dia tak de kawan. Sebab abang ngan kakak dia dah besar. Tak nak kawan dengan dia. Jadi kalau hujung minggu atau hari cuti, pantang dengar suara anak aku kat luar. Mesti tak lama lepas tu dengar suara dia nangis nak keluar pergi rumah aku kat mak dia. Mak dia dah tau perangai anak dia, mesti kunci dah pintu. Takut anak dia keluar sendiri.

Ada sekali tu, mak dia bagi Adam keluar main dengan anak aku depan rumah. Main bola aje. Kebetulan pulak depan rumah ada orang parking kereta. Kebiasaanya jalan depan rumah walaupun jalannya besar, tak de kereta lalu. Kalau ada pun dia tau dah tempat bebudak main kat situ. Nak jadi cerita, Adam ni mainlah kejar-kejar dengan abang dan angah sambil nyorok belakang kereta tu. Adalah satu motor ni, sorang pakcik ni bawak. Dia bonceng makciknya sekali. Dia bawak slow jer. Tapi sebab ada kereta kat depan tu dia tak perasan. Kebetulan pulak masa tu suami aku tengah cabut rumput kat dalam pasu. (Berapa banayk kebetulan da). Bila nampak pakcik tu, suami aku cuma pastikan anak-anak aku yang berlari keluar dari celah kereta tu. Dia terlupa pada Adam. Jadi bila dah kedua-duanya selamat, suami aku sambung cabut rumput. Lepas t, tetiba aja Adam keluar dari celah kereta tu dengan berlari. Apa lagi kena langgarlah dengan motor pakcik tu. Bergolek-golek dia. Berdarah kepala, hidung ngan mulut dia.

Masa tu aku dalam rumah, aku ada dengar dia nangis. Ingat nangis sebab jatuh ker, rebut bola ker. Jadi aku buat tak tau aje. Lepas tu abang datang bagitau Adam kena langgar. Lah.....kesiannya. Walaupun kengkadang aku geram kat dia.

Dah kena tu, barulah ayah ngan mak dia terhegeh-hegeh keluar nak tengok anak dia. Padahal tadi dalam rumah tengah sedap-sedap tengok tv. Barulah kelam terlibut. Lepas tu terus hantar hospital. Tak tahan wad, sebab malam tu lebih kurang pukul 8.15 dia balik rumah. Suami aku tanya dia kata tak de apa-apa. Cuma luka sikit. Alhamdullilah. Aku risau aje, sebab kepala dia berdarah. Budak kan. Manalah dia tau.

Pakcik yang langgar tu pun ada datang tengok Adam lepas Isyak. Ialah risau jugak orang tua tu. Langgar anak oranglah. Boleh masuk kes polis. Tapi takdelah report sebab, jirang aku tau salah anak dia.

Jadi start hari tu, kalau Adam nak main luar mesti mak atau ayah dia temankan. Itupun kejap aja mak dia temankan. Sebab mungkin mak dia ada follow cerita kat tv. Jadi dia sibuk nak tengok tvlah. Sebelum ni, aku ada tanya kat suami,
"Pa, agaknya mak Adam ni sibuk masak tak. Tulah tak dapat tengok Adam main"
Suami aku jawap:
"Masak apa, tu nampak tengah tengok tv"

Bukan mengintai, tapi dah dia bukak pintu rumah dia seluasnya, jadi nampaklah dia tengah buat apa. Kalau ayah dia lagilah pulak, kalau nampak suami aku, siap pesan sebelum dia keluar pergi memana ;
"Nanti kau tolong tengok kan anak aku, aku nak keluar kejap"

Terpingalah suami aku. Anak sendiri, sendirilah jaga. Apalah punya jiran. Bukan tak boleh tengokkan. Kalau sesekali takpe, kalau hari-hari macam mana. Kadang-kadang suami aku bawak anak-anak naik motor pergi ke sawah. Biar mak ngan pak dia tanggungjawab kat anak dia sendiri. Karang kalau jadi apa-apa kat anak dia, salahkan kami pulak. Padahal anak dia agak lasak jugak. Tengah main, baling kayu, batu, tumbuk orang.

Petang kelmarin jiran aku tu duk kompelin kat suami aku. Katanya:
"Ni Adamlah punya kerje. Ada ke dimasuknya air dalam tangki motor aku ni. Ni dah dua kali. Dia pandai buka tempat duduk motor ni. Lepas tu dimasuknya getah paip. Sampai melimpah air dalam tangki aku ni."
Suami aku senyum je. Aku dah tergelak. Lepas tu dia tanya lagi :
" Mi, kalau ikut sains lah, minyak kat atas, air kat bawahkan."
Wah tanya bab sains lah pulak
"Iyelah" jawab suami ku
"Aku nak bukak kat bawah ni, bagi air keluar."
Lepas tu puas jugaklah dia hidupkan motor dia tu. Nasib baik motor buruk. Tapi aku tengok bapak dia tu cool aje walau anak dia lasak. Faktor umur kut. 

Adam....adam....nanti kita main lagi petang ni yer. Tapi janganlah nakal sangat. Poning kepala den ni tengoknya.

Monday, February 14, 2011

santai di hujung minggu

Happy betul anak-anak hujung minggu lepas. Ini kerna hari Sabtu kami telah pergi mandi dekat Sungi Pandan, Panching. Lebih kurang pukul 10.30pagi, kami dah sampai kat situ. Masa tu masih takde orang lagi. Kami pun cari lah port yang kununnya paling strategik. Punyalah sejuk air sungainya. sampai baby aku jadi kebiruan. Sejuklah tu. Jadi sekejap ajalah adik mandi. Takut demam lah pulak

Abang-abang dia macam biasalah, mandi tak hingat dunia. Selagi tak kata nak balik, selagi tulah mandi lagi. Sampai makan pun tak ingat.

Hari ahad plak, papa dia bawak pergi mandi kolam dekat Wisma Belia. Kejap aje lah mandi kat situ.

Kesimpulannya, happy betul jadi bebudak ni. Mana taknya, bila masa main, mereka akan main betul-betul. Bila dah penat, mereka akan tidur dengan mudah dan lenanya. Tak ada masalah hidup yang hendak difikirkan lagi. Belum masanya, mereka ini perlu menyesakkan fikiran dengan masalah kehidupan.

Macam kita mungkin agak sukar hendak tidur. Ditambahkan dengan masalah dan perancangan hidup yang panjang lebar, menyebabkan sukar hendak melelapkan mata. itulah bila difikirkan balik, bestnya jadi budak. Ada ke takde masalah, mereka akan riang bermain, tidur dengan lena dan aman.

Friday, February 11, 2011

Hari yang sibuk.....

Wah....jarang sebenarnya aku sesibuk ini kalau ada kat ofis. Tapi hari ni cukuplah busy nya. Biasalah sejak tercalon pekerja harapan ni, semangat jadi berkobar-kobar. Chewah.

Sebenornye lah....aku sibuk menyiapkan kerja-kerja yang tertunggak. Biasalah 2 minggu lagi nak audit SIRIM. Mulalah rasa nak demam aja masa tu. Mesti semua orang minta sakit hari tu. Kalau selama ni, susah nak pergi klinik, tapi kalau hari tu, sakit sikit pun nak pergi klinik.

Bagi aku, kerja kita mesti kena siap. Hari tu mesti kena hadir (kecualilah benor-benor sakit). Sebab ia menunjukkan integriti kita dalam perkerjaan. Buat apa nak lari kalau kerja kita dah siap. Takut kena soal, takut kena audit, takut kena NCR, dan segala takut. Kalau kita tak salah buat apa nak takut. Biasanya kalau pekerja bawahan macam aku, jarang kena NCR. Tapi kalau pegawai atasan tu yang pegang portfolio besar, mestilah kena. Bak kata kawan aku, kalau tak ada satu pun pemerhatian, itu pelik. terlampau hebatlah pulak sesuatu organisasi tu.

Mulalah ada yang kerja sampai lewat malam. Mengupdatekan fail-fail lama, mencari segala tuk nenek borang yang perlu diisi, segala data-data yang perlu. Mahunya ta demam. Takpelah. Bak kata wonderpet, apa yang penting, kerjasama!!!! Apa yang penting, KERJASAMA.!!!!

Paling aku tension, kalau ada ape-ape hal masa tu, nak cari orang yang terlibat tak dapat. Telefon tak angkat. Kerja tak datang. Kita diberi tanggungjawab untuk berkerja, untuk beri anak dan keluarga makan. Jadi bekerjalah seikhlas hati, agar rezeki yang sedikit itu berkat. Buat apa duit berjuta-juta tapi dari sumber yang haram.

Semoga aku pun dapat menghayati jiwa yang ikhlas ni....

Wassalam.....

Thursday, February 10, 2011

571 orang bayi dibuang dari tahun 2005-2010

571 orang bayi dibuang. Malangnya lebih dari separuh bayi tersebut dijumpai telah meninggal dunia. MasyaAllah!!!!! Apalah nak jadi dengan generasi sekarang. Hilang sudahkah belas kasihan diorang terhadap anak yang mereka kandung. Kalau benci sangat pun terhadap bayi tu, takkanlah tergamak dibuang. Tak nak, bagi jer kat orang lain.

Paling aku tak sampai hati bila mayat bayi tu dijumpai, fizikalnya sudah tidak sempurna. Dimana ada yang sudah putus kepala, hilang kaki, tangan, hancur anggota badan. Yang paling menyayat hati, kena makan dekat binatang seperti anjing. Kejam sungguh.

Aku harap mayat bayi yang dijumpai tu, di ambil gambar tanpa ditutup. Lepas tu dedahkan lokasi dijumpai, masa mungkin dibuang dalam akhbar. Biar si ibu atau si ayah yang melihatnya akan trauma seumur hidup. Selain menjadi pengajaran kepada yang lain. Ini kerna, ada sesetengah pasangan membuang bayi berkali-kali. Tanpa ada penyesalan. Bertaubatlah dik, selagi pintu taubat masih terbuka.

Ini kerna kesannya keatas diri sendiri yang membunuh zuriat. Dengan tangan sendiri. Walaupun orang lain tak tau, tapi Allah tahu. Seumur hidup kita, peristiwa ini akan mengekori. Akan terbayang-bayang saat kita melahirkan, menatapnya, hinggalah kepada hilang pertimbangan kita dengan membuang sahaja atau membunuh terlebih dahulu baru dibuang.

Tambahan pulak, kesan psikologinya terhadap kita. Dimana mungkin suatu hari nanti, Allah tarik kelebihan kita boleh mengandung ni, macam mana.  Kemanakah menghilangnya fitrah kita sebagai manusia yang mempunyai sifat belas kasihan dan kasih sayang. Entahlah, apa yang menghasut fikiran mereka ini, tergamak mereka melakukannya.

Sebenarnya, bagi aku, kita tak boleh salahkan mereka ni jugak. Ini kerna undang-undang itu sendiri dimana jika mereka mengandung tanpa nikah, mereka boleh dipenjarakan. Tak ker haru. Biasanya si ibulah yang dipenjara. Sebab si ayah dah lari entah ke mana. Tidak bertanggungjawab punya lelaki.

Jadi saya merayu kepada semua adik-adik diluar sana, sayangi diri. Jaga diri. Sebab asas mempertahankan diri dari sebarang gangguan atau godaan ini datangnya dari dalam diri sendiri.

Fikirkanlah, takkanlah kita nak mengandung sorang-sorang, lepas tu bersalin sorang-sorang dalam tandas/semak/rumah kosong/hutan. Apa ingat ini zaman Tarzan ker, nak bersalin dalam hutan. Tak best langsung. Kita mesti nak mengalami saat indah ni bersama dengan orang tersayang macam suami, ibubapa, keluarga.

Jika ada yang telah terlanjur, mengandung. Tak per. Pintu taubat masih terbuka. Cukuplah kesalahan berzina yang telah dilakukan. Pelihara sahaja kandungan tersebut. Jika tiada tempat nak bernaung, memerlukan sokongan, pergilah ke pusat perlindungan wanita. InsyaAllah, anda akan lebih tenang berbanding niat anda ingin membunahnya/membuangnya.

Ingat!!!! walaupun kita tidak menginginkannya, tapi mereka masih darah daging kita. Berilah bayi anda peluang untuk bernafas di alam ini. Mana tau, bayi anda inilah yang akan melindungi anda suatu hari nanti.

Insya-Allah.... 

Tuesday, February 08, 2011

Kisah anakanda

Aku ada 3 orang anak. Anak sulung dan kedua lelaki. Yang ketiga pulak perempuan. Yang keempat dan seterusnya, belum tahu lagi.
papa ngan abang dan angah. 


Gegirl kami



Anak yang sulung, kami panggil abang. Angah pulak untuk yang kedua. Yang ketiga, belum tahu lagi nak panggil adik atau kakak. Sebab kalau panggil adik , nanti takut kena jadi kakak pulak akan datang. Tulah nak panggil nama gelaran untuk anak kat rumah pun dah pening kepala. Belum fikir hal politik lagi. Kui....kui...kui...


Anak-anak aku ni, kalau semua ada kat rumah, boleh pening kepala mama ngan papa dia. Mana tidaknya, baru nak breakfast, dah ada yang tumpahkan air. Pastu, semua pakat nak makan sendiri. Termasuklah yang kecik. Faham-faham ajerlah bila budak makan. Bertabur atas meja tu biasalah. Yang tak tahannya, kalau makan biskut. Apa tidaknya, masa nak tidur tu boleh jumpa habuk biskut atau biskut yang tak abis makan. Wah, ini boleh mendatangkan marah. Karang tak pasal-pasal tidur dengan semut dan lipas pulak malam ni.

Abang sekarang dah boleh berdikari. Hampir semua benda dah boleh buat sendiri. Cuma kadang-kadang perlu dibantu. Dari mandi, makan, buat homework dan yang paling penting boleh diharap untuk jaga adik. Yelah abang sekarang dah 8 tahun. InsaAllah bulan 6 ni nak sunatkan dia. Bagi boleh sembahyang Jumaat sebaris dengan papa dia.

Kalau cerita kisah anak-anak ni, sampai esok pun tak sudah. Nanti sambung lagi............ 



Pengalaman mengajar erti hidup

Setiap hari setiap orang akan dapat merasa pengalaman baru. Ini tak kiralah sama ada pengalaman manis atau pahit. Setiap kejadian yang berlaku terhadap kita, akan mengajar kita erti hidup.

Jka kenangan yang manis, pasti kita rasa manis aja nak dikenang. tapi jika pengalaman yang pahit, seboleh mungkin hendak dilupakan.

Tetapi, jangan lupa setiap kejadian yang tidak diingini oleh berlaku itu pasti ada hikmahnya. Tujuannya agar kita kembali mengingati Allah yang selama ini kita terlupa.

Permulaan yang baik......

Sesuatu yang baik, perlukan permulaan yang baik. Semoga perjalanan hidup kita diberkati dan dirahmati Allah. Al-Fatihah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...