Monday, September 05, 2011

Happy besday Angah Qib

Alhamdullilah....kini genap umurnya anakanda yang kedua saya 4 tahun. Pejam celik pejam celik, kejap jer dah menjangkau umur itu(kejap ker...he2). Agaknya...tanpa saya sedari nanti, kejap jer anak-anak semua dah besar.

Apa pun, doa saya sentiasa mengiringi mereka agar menjadi anak yang soleh dan menyejukkan hati mama dan papanya.







Sunday, September 04, 2011

Kek coklat moist

Kali ini saya mencuba pulak resepi kek coklat moist yang lebih mudah. Juga mengunakan sukatan cawan. Namun kini saya dah ada sukatan cawan mengikut standard iso. Biasanya saya cuma guna cawan plastik anak dara saya. Sebab cawan tu comel jer. Tapi kan tak daya rasanya nak mengagak sama ada betul atau tidak sukatannya tu. Jadi kebetulan terjumpa dekat mana entah (tak hingat plak), maka saya pun terus beli. Pada hal bukan mahal mana pun. Cuma RM4.90 jer.



Resepinya mudah, dan bahan pun mudah didapati. Rasanya dah ramai mencuba resepi ni.

Bahan-bahan (menghasilkan lebih kurang 1kg kek)

A
1 cawan gula castor
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak / minyak jagung
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat

B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh bicarbonat

C
3 biji telur

Cara-caranya:
1. Bahan A dicampurkan dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan sehingga gula hancur dan semua bahan sebati atau licin. Padamkan api. Dan biarkan sejuk sedikit.

2. Bahan B diayak dan digaul sebati dalam bekas berasingan.

3. Telur dipukul hingga kembang.

4. Campukan Bahan B ke dalam bahan A. Kacau sebati.

5. Setelah Bahan A dan B sebati, masukan bahan C. Kacau sebati.

6. Setelah sebati, bolehlah dituang kedalam acuan 8 x 8 inci atau bekas bulat 9 inci.

7. Kukus selama satu jam

Kek ini juga boleh dibakar dengan suhu 175 darjah C mengikut oven masing-masing.
Hasilnya, cukup lembab.

Untuk topping:

2 sudu besar serbuk koko
6 sudu besar gula aising
3 sudu besar susu cair (kalau suka cair tambahkan susu cair lagi, kalau suka pekat kurangkannya)

1. Campurkan serbuk koko dan gula aising. Ayak
2. Masukan susu cair. Kacau sebati di atas api perlahan secara double boil hingga licin.
3. Tuangkan diatas kek tadi.

Selamat mencuba....

Saturday, September 03, 2011

Muffin Vanila

Aha...lama tak update blog ni. Apa nak buat kan. Nak kata sibuk, tapi orang lain pun sibuk jugak. Tapi masih sempat hupdet blog. Sebenornya malas....seperti akar palas. Kenal tak akar palas? Haku pun tak kenal jugak. Tapi disebabkan Pn Emak suka sebut, maka haku pun sebut lah jugak. Agaknya pokok palas nak buat ketupat daun palas tu kut. Haku agaklah....kalau salah jangan marah yer.


Jadi sebelum raya hari tu, saya berkesempatan mencuba muffin yang saya ambil resepinya dari blog pn periuktanah. Minta halal yer. Apa pun muffin ni gebu, lembut dan sedap. Tak rugi mencubanya. Anak-anak pun suka.... Saya buat separuh adunan jer dari resepi asal. Itupun dah dapat banyak iaitu lebih kurang 25 biji muffin saiz sederhana.




Kat bawah ni adalah resepi yang di copy dan di edit sikit dari blog periuk tanah.


Bahan-bahan: (menghasilkan lebih 25 biji mafin saiz besar).


375 gm tepung kek
125 gm mentega 
220 gm gula
4 biji telur A
30 gm baking powder
250 ml susu segar
1/2 sudu teh esen vanilla
chips coklat


Cara membuatnya:
1. Pukul gula, garam dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan kacau guna senduk hingga sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Gaul lagi hingga rata. Gunakan whisk untuk cepat sebati.
4. Masukkan susu, esen vanila dan jagung. Gaul rata.
5. Tuangkan adunan ke dalam cawan mafin.  Nak mudah masukkan dalam beg plastik, kemudian paipkan kedalam cawan muffin.
6. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 20-30 minit mengikut jenis oven. Saya bakar dengan suhu 200 darjah C kerana nak dapatkan muffin yang naik cantik dan merekah.


Muffin lebih sedap jika dimakan keesokan harinya, kerana ia akan lebih lembab.




Thursday, August 04, 2011

Happy besday Abang

Semalam genap umur anak saya yang sulung 8 tahun. Alhamdullilah besar dah anak mama. Semoga dengan bertambahnya umur ni, semakin bertambah matang dalam berfikir. Semoga anak mama ni akan sentiasa dirahmati Allah, dipermudahkan segala urusan, dan menjadi anak yang soleh. Amin.

Jadi semalam bertungkus lumus lah saya mencuba membuat kek harijadi untuknya. Percubaan pertama. Harap-harap menjadi. Berbekalkan resepi buttercream dari internet dan sekeping gambar edible imej. Maka dari pagi hingga ke petang saya menyiapkannya. Penatnya...tak terkata. Amatur lah katakan. Comot-comot.

Namun yang bestnya, anak saya menghargainya. Dan dia tak sabar-sabar menunggu waktu berbuka untuk memotong kek comot dia tu. Sebenarnya dia request Ben10. Namun sebab dah cari dua-tiga kedai, tapi tak jumpa. Maka saya ambil jer spiderman. Apa pun dia tetap gembira. Hilang penat saya bila tengok dia happy.


Inilah hasilnya
Perasan tak saya tersilap tulis nombor 2, anak saya tu dah 8 tahun
Saya duk ingat 2 sebab di darjah 2
Sampai masa nak potong kek tu, abang tanya apsal 2
Masa tu saya tengah bengong lagi sebab duk urus meja makan lepas buka, maka saya jawab kan abang 2 tahun....ops...he3 mama tersilap. Sebab yang 2 tu adalah darjah 2, bukan 2 tahun
Sorry bang, mama tersilap

 Comot...
Dot biru tu, ada besar ada kecil


Apa pun, besday boy masih happy
Sebab ada gambar spiderman tu
Insya-Allah kalau tahun depan cantik sikit lagi kut

Apa pun...happy besday boy
Moga menjadi anak yang soleh dan contoh kepada adik-adik


Monday, July 25, 2011

Klinik jual MC di Kuantan

Kalau korang perasanlah, sebenarnya orang lelaki ni lebih tak tahan sakit kan berbanding dengan kita orang perempuan ni. Contohnya masa demam ker, luka ker, selsema ker. Terutama En Suami lah kan. Kalau kita demam, masih boleh masak, jaga anak, basuh kain, sidai kain. Pastu siap boleh hantar anak pergi sekolah. Kalau orang lelaki, mesti tergolek dah tidur atas katil. Demam lah katakan. Nak manja lah tu.

Saya perasan yang En Suami saya tu. Dia memang tak tahan menanggung sakit. Kalau demam, macam tak larat sungguh. Sampai kesian lah pulak. Macam dah kena panggil Ambulan bawak check-up kat hospital. Teruk sesangatlah. Apa nak buat...dia kan tengah sakit.

Jadi saya layan jer. Jadi hari ni dia dijangkiti ulser dalam mulut. Dan seminggu sebelum ni diserang batuk, selsema dan demam. Pepaham jer lah. Kalau kena demam selsema, badan jadi sakit-sakit. Dan kesudahannya, En suami memang moody sikitlah minggu lepas. Anak-anak pun malas nak layan dah. Dan minggu ni pulak, sibuk dengan sakit mulut lah pulak. Sakit sesangat, katanya. Jadi hari ni dia pergi melawat lah ke klinik untuk rawatan. Cis....kena RM80 semata-mata sakit mulut. Rasanya bukan ubat yang mahal sangat tu, tapi MC dua hari yang doktor tu bagi. Rasanya lah kan, MC yang doktor bagi tu bukan percuma. Tapi kena bayar. Mahu 1 hari MC, doktor tu caj RM20. Iyelah, takkan sampai ubat sapu dalam mulut tu sampai mahal macam tu. Kalau beli dekat farmasi mesti tak sampai RM10 pun.

Saya tanya, "Awak mintak MC ker".
"Tak lah, memang dia nak bagi" kata En Suami

Dah sah klinik tu jual MC. Kami bukan nak beli pun. Sebab cuti tahunan pun ada lebih kurang 35 hari lagi. Jadi buat apa nak beli MC nya. Terkena hari ni. Tak pasal-pasal terbang duit. Walaupun tak banyak, tapikan macam membazir jer. Kalau bawak anak-anak makan KFC mesti dah kenyang.

Apa pun, benda dah berlaku. Sabar jerlah. Cuma saya harap dengan harga MC ubat yang mahal tu berbaloi. Diharap En suami cepat sembuh (kerana banyak ragamnya kalau tak sihat nih...kui...kui).

Selamat Datang Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.....
Alhamdullilah.....akhirnya setelah sekian lama bertapa, dapat juga saya meng "update" blog ni. Bukan sahaja dah bersawang, malahan tikus pun dah ada kut. Bukannya malas, namun bila selalu tak update, hati menjadi jauh pada blog ni. Jadi hari ni, saya menguatkan semangat yang setipis kulit bawang putih untuk menghupdatenye...

Insya-Allah, tahun ini kita akan akan diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dengan Ramadhan yang harum mewangi. Saya amat berharap agar Allah swt masih memberi saya peluang untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini. Ramdhan yang mana kedatangannya ditunggu-tunggu dan perginya dirindui. Adakah masih ada peluang untuk saya bertemu dengannya. Insya-Allah. Selagi ada janji Allah untuk saya.

Apa pun, dah ada yang shopping rayer kan. Malahan tempahan untuk baju rayer pun dah tutup. Iklan kuih raya, jangan cakaplah. Sebut jer nak kuih apa, bentuk apa, warna apa. Semua ada. Pokok pangkalnya duit. Iklan perabut pun dah bersepah. Tanpa pembayaran sampai 3 bulan. Wah....boleh gelap mata bila memikirkan perabut yang chanteq-chanteq tu. Rasanya kat rumah, kabinet TV saya dah nak runtuh. Boleh jugaklah kalau berhajat nak tukar.

Tapikan....Masya-Allah. Kita ni nak sambut Ramadhan ker...nak sambut raya aidilfitri. Puasa pun belum, tapi semua benda dah tempah. Rasanya gaji untuk bulan ni dah habis untuk persediaan raya. Jangan disebutlah gaji bulan depan. Pun dah siap perancangan ke mana hala tuju duit tu. He..he...membeli boleh, namun kena beringat. Hakikat Ramadhan adalah supaya kita menginsafkan diri di dalam kekurangan dan kelaparan. Merasai kesusahan teman-teman lain yang mana setiap hari mereka berpuasa. Dan masa untuk merehatkan perut yang setiap hari bekerja... Kilang pun ada cuti kan..

Terasa sinar ramadhan semakin dekat. Tiba-tiba rasa teringat kat kampung. Sehari sebelum ramadhan dan hari raya akan ada mantai. Iaitu hari untuk menyambut dan membuat persediaan menyambut ramadhan atau raye. Nantilah saya cerita pasal mantai ni. Sebab dah terbayang lemang dan rendang yang emak masak. Terliuq sudah...

Apa pun...harap kita diberi ketenangan dan ketabahan dalam menempuhi bulan yang berkat ini.

Wassalam....

Monday, July 04, 2011

Persiapan sehari sebelum majlis perkahwinan

Aha...disebabkan saya tetamu jemputan, maka saya hanya sampai sehari sebelum majlis berlangsung (mesti emak saya tension sebab anak kesayangan dia ni lambat sampai...he3). Nak buat camno kan. Kebetulan yang teramat dimana saya sedang memangku tugas, maka tak boleh cuti selama 28 hari. Ditambah pula saya terpaksa berkursus selama 15 hari di KL. Ini pun wajib jugak. Harap mak saya faham....(Itupun emak dah perli: "Kerja jer lah...majlis tetap jalan"...alahai...sedih pulak.

Apa-apa pun ini lah bestnya bila adik-beradik ramai. Semua dah settle. Masa saya sampai, lauk pauk untuk makan tengahari dah siap, gubahan hantaran dah ready, bilik pengantin dah siap berhias cantik, rumah dah berkemas. Jadi apa tugas untuk saya....he..he...he..jawabnya kena selesaikan doorgifts lah kan. Itu ajer kerja yang tinggal. Nasib baik masih ada tugasan khas OSO, kalau tak memang tetamu jemputan khas lah saya ni. Yang mana datang cuma untuk makan, dan bila majlis dah selesai boleh balik dengan lenggang kangkung...he..he..he..emak jangan marahkan saya yer.

Apa pun mari kita jenguk sesama persiapan sehari sebelum majlis yer...




Masak lemak cili api keladi. Sedap betul. Ada yang terliuq ker..

Fuiyoo...kat Kuantan tak de ni. Kalau ada pun tak sama macam mak masak kan


Kari kepala ikan. Lauk yang paling tak pandai saya nak makan. Sebab banyak tulang dari isi.
Tukang sebuk. Orang penat-penat kemas, dia orang ni pakat-pakat sepah. Boleh berangin satu badan.

Nasib lah...masa ni jugak lah tengah sibuk buat jalan. Tengah nak besarkan jalan Seremban - Kuala Pilah. Sesapa yang dah lama tak lalu kat sini, tentu tak tau bahawa jalan Bukit Putus yang pusing-pusing tu dah jadi sejarah. Dulu masa kecik-kecik mesti muntah lepas lalu Bukit Putus

Khemah dah tersedia. Temanya hitam pink

Bilik pengantin. Chanteknya...

Yang baju hitam tu, orang kuat majlis. Tengah sibuk 'kacau' lauk

Ready....

Aini yang chomel lagi rajin. Dia lah duk tolong saya masukkan barang dalam beg doorgifts. Nasib lah, sebab kakak damia tak der. Kalau tak ada dua orang pembantu kan.

Ini 2 orang kanak-kanak ribena sebagai pembantu tak rasmi. Orang masukkan dalam beg, dia dua orang pakat keluarkan semula. Kalau tegur, tahu lak nangis tu.

Steady...steady...bulan 9 ni kita kena buat sekali lagi yek. Jangan risau...

2 orang ultramen ni memang tak faham bahasa. Bengkak-benjol kepala duk meniru gaya ultramen. Yang tak tahan tu, boleh dia 2 orang ni duduk dalam bilik pengantin masa MakTihnya bersiap. Siap memalu lagi, bila Uwan (emak sayalah) cium Maktihnya.

Adik pasang pelamin. Tengah pening kepala dengan arahan Kaklong saya. Biasalah kan. Bila hantar barang tak sama macam gambar, mulalah rasa kepala masuk air kan. Boleh adik ni hantar kerusi pengantin yang dah koyak.

Friday, July 01, 2011

Persiapan awal sebelum majlis perkahwinan Kaktih

Sebelum cerita lebih tentang majlis, biar saya tunjukkan dahulu persiapan awal sebelum majlis berlangsung. He3...apa lagi kalau bukan proses touch-up rumah. Iyelah tak kan pengantin jer nak berseri-seri. Rumah pun nak jugak. Karang merajuk pulak dia.

Cat jangan tak cat. Biar berseri rumah kita nanti. Jangan sampai tak nampak pengantinnya sudah

Aha...jangan tak tau pengantin pun kena cat sendiri rumah. Kena buli dulu sebelum kahwin....he2


Serius betul bakal pengantin (masa tulah...kini dah jadi isteri orang)

Sampai cam ghitu sekali, jaga-jaga jangan tergolek plak


Segala macam ada. Yang baju merah macam berkawad tu, mem besar a.k.a. mak saya.

Dalam hujan pun jalan lagi. Kerja...kerja...karang kena potong gaji

Thursday, June 30, 2011

Selamat pengantin baru kepada adinda ku Kaktih

Selamat pengantin baru diucapkan kepada adik saya iaitu Kaktih yang selamat melangsungkan perkahwinnanya pada 25 Jun 2011. Semoga kekal ke akhir hayat.

Upacara dimulakan pagi itu dengan bertunang dan selepas solat Asar dilangsungkan akad nikahnya pula. Orang kampung ketika emak pergi mengajak seperti pelik kerana ada dua majlis. Sehinggakan ada yang bertanya, majlis yang mana satu mereka perlu pergi. Tapi bila diberitahu, dijemput pada kedua-dua majlis, ada yang pelik. Sampaikan ada yang bersalin baju untuk dua majlis tersebut. Ialah orang kampung, masih tak biasa dengan majlis seperti ini. Bagi saya, seperti ini bagus kerana selepas bertunang terus kahwin. Tahu jerlah cabaran bertunang ni memang banyak. Baik kahwin terus. Dan buat apa nak tunggu lagi jika keduanya telah bersedia dari segi zahir dan batin kan.


 Berseri-seri pengantin barunya. Tapi apsalah pengantin lelakinya gelap benar. Mungkin terlupa bubuh bedak ni. Apa pun semoga bahagia dan harmoni sentiasa.

Berakhir sudah kursus ku....

He.....selepas hampir 11 hari berkursus maka dengan ini berakhir sudah. Penat benar rasanya bila kursus dari pukul 8 pagi menjangkau sehingga ke pukul 11 malam. Letih....tapi bila ada yang tak faham akan keadaan ini menyebabkan saya bertambah penat.

Tapi apa pun semua dah tamat. Yang paling gumbira apabila saya kembali ke rumah, sudah tentulah Arissa. Ingat dah lupa pada tenen nya, mujur masih ingat lagi. Walaupun susu saya dah berkurangan kerana hampir dua minggu berpisah, tapi mujur ada lagi.

Hidung pun dah bertanda
Anak-anak pun gumbira mama dah balik. Takpelah...mungin lepas ni papa mereka pulak. Nak buat macam mana, dah kerja kan.Kena saling percaya.

Tuesday, June 14, 2011

Penantian sudah berakhir

Akhirnya untuk hari ini saya diberi sedikit kegumbiraan. Segala puji bagi Allah. Rasa nak melompat, rasa nak golek-golek sambil nyanyi hindustan. Alangkah bahagiannya. Tapi kegumbiraan ada hadnya. Ini kerana di sebalik gumbira akan berlaku kesedihan pula. Jadi berpada-pada jer lah.



Alhamdullilah.....Allah murahkan rezeki kami. Tak sia-sia penantian selama bertahun-tahun. Akhirnya kami berjaya. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu saya terutama keluarga lah (ucapan untuk hari guru lah pulak).

Semoga dengan ini saya diberi keberkatan dan akan berusaha lebih gigih....ha...ha...ha...ayat tak ingat.

Monday, June 13, 2011

Belajar buat muffin...amatur

Aha....2 hari lepas sementara menunggu mak mertua sampai, saya pun duk godek-godek koleksi resepi. Jumpalah resepi muffin mudah ni yang saya ambil dari myR. Hasilnya sebab amatur, agak keras. Tapi seperti biasa, anak-anak suka sebab ada bluebery dan saya campur inti coklat juga.

Ready untuk membako kan diri

Ha...ambik kau
Ada yang terbuncit, ada yang terbuntang
Pelbagai saiz...kui...kui
Nak cuba sebab nak cari mana paling comel
Sebab oven kecik, kenalah pelbagai bentuk...kena beli oven baru yang gemuk ni..
Kesimpulannya, buat saiz paling kecik lah best
Senang anak-anak nak makan

Hasil selepas dibakor...apsal pucat color nye yer
Nampak sangat tak reti

Apa pun comle kan...sapa lagi nak puji kalau buka diri sendiri

Seperti biasa, model tetap bab makan benda-benda manis ni
Abang memang kuang sikit berminat dengan kek2 ni
Sila abaikan gurgirl saya yang duduk kurang sopan tu.
Sebab gurgirl saya dah perangai pun macam lelaki sebab abang-abang kat atas.

Saturday, June 11, 2011

Hari keusahawanan dan jom cari kerja

Alhamdullilah...selesai sudah majlis besar untuk ofis saya untuk tahun ni. Rasanya inilah majlis yang paling gah yang dirancang dan berjaya dilaksanakan. Tambahan pula dengan kesudian Doto' Seri Khaleed menghadirkan diri bagi merasmikan majlis, amatlah dihargai. Sekali lagi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana majlis ini berjalan dengan lacar dan teratur. Walaupun ada sedikit kecacatan namun tidak merosakkan majlis. Biasalah mana ada perancangan majlis berjalan seperti dalam kertas. Mesti ada sedikit kekurangan yang boleh diabaikan.. ..kui...kui.

Seperti biasa, walaupun gerak usahawan untuk pelajar tapi pensyarah yang duk beria-ia. Dar melaksanakan majlis hinggalah ke aktiviti jualan. Hasil kerjasama semua.

Saya sebenarnya agak fobia dengan gerak usahawan ni. Disebabkan tahun lepas saya terlibat di bahagian perasmian. Maka saya hampir merosakkan majlis kerana kekalutan dalam diri ini. Mujurlah pengarah faham. Jadi tahun ni, ketua AJK perasmian a.k.a Nida masih suka untuk menggunakan khidmat saya di bahagian perasmian. Jadi saya awal-awal lagi dah bagitau yang saya tak mahu terlibat di atas pentas. Belakang pentas, okey. Mujurlah Nida faham....mungkin sebab takut saya merosakkan majlis lagi.

Ini antara aktiviti yang dijalankan:-

Mempamerkan bakat terpendam dari staff kolej.
Saya berminat juga nak menyumbangkan suara, tapi takut hujan lah pulak.
Rosak pulak majlis bila hujan kan, jadi saya simpan jer lah bakat terpendam ni.


Pentas yang masih dalam proses pembikinan

Ice craving untuk gimik.
Cuak juga disebabkan takut tak sempat siap.
Tapi pengukir ni memang cekap gila, sambil dibantu oleh staf kolej sendiri.



Dato' Khaleed yang meninjau ke gerai-gerai. Sempat merasa hasil kerja tangan pelajar. Dan sempat menggoreng keropok lekor lagi.




Cantik hasil demo icenya. Namun sayang disebabkan cuaca yang panas ice cair dengan cepat. Patah sayap nya. Tak sempat kami nak berposing bersama hasilnya berbentuk seekor ikan

Wednesday, June 08, 2011

Puding roti lagi untuk ibu terchenta

Kebetulan pulak ketika balik kampung hari tu, emak terchenta baru jer beli oven elektrik. Jadi dia minta saya cuba guna oven dia tu. Jadi fikir punya fikir (macam dalam meetinglah pulak) maka saya buatkanlah puding roti. Sebab resepi yang mudah dan bahan juga ada yang sedia ada dirumah. Tambahan pula tak perlu dipukul/diputar. Hasilnya seperti biasa, sedap....ha...ha...angkat bakul sendiri.

Puding roti kalau nak sedap, tabur jer coklat bebanyak dan badam. Gerenti sedap punya. Tak caya...cubalah try test yer.

Hasil yang baru keluar dari oven

Terancam you....

Nyum....nyum.....rasanya

Rugi tak cuba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...