Apa-apa pun ini lah bestnya bila adik-beradik ramai. Semua dah settle. Masa saya sampai, lauk pauk untuk makan tengahari dah siap, gubahan hantaran dah ready, bilik pengantin dah siap berhias cantik, rumah dah berkemas. Jadi apa tugas untuk saya....he..he...he..jawabnya kena selesaikan doorgifts lah kan. Itu ajer kerja yang tinggal. Nasib baik masih ada tugasan khas OSO, kalau tak memang tetamu jemputan khas lah saya ni. Yang mana datang cuma untuk makan, dan bila majlis dah selesai boleh balik dengan lenggang kangkung...he..he..he..emak jangan marahkan saya yer.
Apa pun mari kita jenguk sesama persiapan sehari sebelum majlis yer...
Masak lemak cili api keladi. Sedap betul. Ada yang terliuq ker.. |
Fuiyoo...kat Kuantan tak de ni. Kalau ada pun tak sama macam mak masak kan
Kari kepala ikan. Lauk yang paling tak pandai saya nak makan. Sebab banyak tulang dari isi. |
Tukang sebuk. Orang penat-penat kemas, dia orang ni pakat-pakat sepah. Boleh berangin satu badan.
Nasib lah...masa ni jugak lah tengah sibuk buat jalan. Tengah nak
besarkan jalan Seremban - Kuala Pilah. Sesapa yang dah lama tak lalu kat
sini, tentu tak tau bahawa jalan Bukit Putus yang pusing-pusing tu dah
jadi sejarah. Dulu masa kecik-kecik mesti muntah lepas lalu Bukit Putus
Khemah dah tersedia. Temanya hitam pink
Bilik pengantin. Chanteknya... |
Yang baju hitam tu, orang kuat majlis. Tengah sibuk 'kacau' lauk |
Ready.... |
Aini yang chomel lagi rajin. Dia lah duk tolong saya masukkan barang
dalam beg doorgifts. Nasib lah, sebab kakak damia tak der. Kalau tak ada
dua orang pembantu kan.
Ini 2 orang kanak-kanak ribena sebagai pembantu tak rasmi. Orang
masukkan dalam beg, dia dua orang pakat keluarkan semula. Kalau tegur,
tahu lak nangis tu.
Steady...steady...bulan 9 ni kita kena buat sekali lagi yek. Jangan risau... |
2 orang ultramen ni memang tak faham bahasa. Bengkak-benjol kepala duk
meniru gaya ultramen. Yang tak tahan tu, boleh dia 2 orang ni duduk
dalam bilik pengantin masa MakTihnya bersiap. Siap memalu lagi, bila
Uwan (emak sayalah) cium Maktihnya.
Adik pasang pelamin. Tengah pening kepala dengan arahan Kaklong saya.
Biasalah kan. Bila hantar barang tak sama macam gambar, mulalah rasa
kepala masuk air kan. Boleh adik ni hantar kerusi pengantin yang dah
koyak.
woow akak bestnya menu majlis kt kampung akak ni...rasa lapar plak...
ReplyDelete