Thursday, August 04, 2011

Happy besday Abang

Semalam genap umur anak saya yang sulung 8 tahun. Alhamdullilah besar dah anak mama. Semoga dengan bertambahnya umur ni, semakin bertambah matang dalam berfikir. Semoga anak mama ni akan sentiasa dirahmati Allah, dipermudahkan segala urusan, dan menjadi anak yang soleh. Amin.

Jadi semalam bertungkus lumus lah saya mencuba membuat kek harijadi untuknya. Percubaan pertama. Harap-harap menjadi. Berbekalkan resepi buttercream dari internet dan sekeping gambar edible imej. Maka dari pagi hingga ke petang saya menyiapkannya. Penatnya...tak terkata. Amatur lah katakan. Comot-comot.

Namun yang bestnya, anak saya menghargainya. Dan dia tak sabar-sabar menunggu waktu berbuka untuk memotong kek comot dia tu. Sebenarnya dia request Ben10. Namun sebab dah cari dua-tiga kedai, tapi tak jumpa. Maka saya ambil jer spiderman. Apa pun dia tetap gembira. Hilang penat saya bila tengok dia happy.


Inilah hasilnya
Perasan tak saya tersilap tulis nombor 2, anak saya tu dah 8 tahun
Saya duk ingat 2 sebab di darjah 2
Sampai masa nak potong kek tu, abang tanya apsal 2
Masa tu saya tengah bengong lagi sebab duk urus meja makan lepas buka, maka saya jawab kan abang 2 tahun....ops...he3 mama tersilap. Sebab yang 2 tu adalah darjah 2, bukan 2 tahun
Sorry bang, mama tersilap

 Comot...
Dot biru tu, ada besar ada kecil


Apa pun, besday boy masih happy
Sebab ada gambar spiderman tu
Insya-Allah kalau tahun depan cantik sikit lagi kut

Apa pun...happy besday boy
Moga menjadi anak yang soleh dan contoh kepada adik-adik


Monday, July 25, 2011

Klinik jual MC di Kuantan

Kalau korang perasanlah, sebenarnya orang lelaki ni lebih tak tahan sakit kan berbanding dengan kita orang perempuan ni. Contohnya masa demam ker, luka ker, selsema ker. Terutama En Suami lah kan. Kalau kita demam, masih boleh masak, jaga anak, basuh kain, sidai kain. Pastu siap boleh hantar anak pergi sekolah. Kalau orang lelaki, mesti tergolek dah tidur atas katil. Demam lah katakan. Nak manja lah tu.

Saya perasan yang En Suami saya tu. Dia memang tak tahan menanggung sakit. Kalau demam, macam tak larat sungguh. Sampai kesian lah pulak. Macam dah kena panggil Ambulan bawak check-up kat hospital. Teruk sesangatlah. Apa nak buat...dia kan tengah sakit.

Jadi saya layan jer. Jadi hari ni dia dijangkiti ulser dalam mulut. Dan seminggu sebelum ni diserang batuk, selsema dan demam. Pepaham jer lah. Kalau kena demam selsema, badan jadi sakit-sakit. Dan kesudahannya, En suami memang moody sikitlah minggu lepas. Anak-anak pun malas nak layan dah. Dan minggu ni pulak, sibuk dengan sakit mulut lah pulak. Sakit sesangat, katanya. Jadi hari ni dia pergi melawat lah ke klinik untuk rawatan. Cis....kena RM80 semata-mata sakit mulut. Rasanya bukan ubat yang mahal sangat tu, tapi MC dua hari yang doktor tu bagi. Rasanya lah kan, MC yang doktor bagi tu bukan percuma. Tapi kena bayar. Mahu 1 hari MC, doktor tu caj RM20. Iyelah, takkan sampai ubat sapu dalam mulut tu sampai mahal macam tu. Kalau beli dekat farmasi mesti tak sampai RM10 pun.

Saya tanya, "Awak mintak MC ker".
"Tak lah, memang dia nak bagi" kata En Suami

Dah sah klinik tu jual MC. Kami bukan nak beli pun. Sebab cuti tahunan pun ada lebih kurang 35 hari lagi. Jadi buat apa nak beli MC nya. Terkena hari ni. Tak pasal-pasal terbang duit. Walaupun tak banyak, tapikan macam membazir jer. Kalau bawak anak-anak makan KFC mesti dah kenyang.

Apa pun, benda dah berlaku. Sabar jerlah. Cuma saya harap dengan harga MC ubat yang mahal tu berbaloi. Diharap En suami cepat sembuh (kerana banyak ragamnya kalau tak sihat nih...kui...kui).

Selamat Datang Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.....
Alhamdullilah.....akhirnya setelah sekian lama bertapa, dapat juga saya meng "update" blog ni. Bukan sahaja dah bersawang, malahan tikus pun dah ada kut. Bukannya malas, namun bila selalu tak update, hati menjadi jauh pada blog ni. Jadi hari ni, saya menguatkan semangat yang setipis kulit bawang putih untuk menghupdatenye...

Insya-Allah, tahun ini kita akan akan diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dengan Ramadhan yang harum mewangi. Saya amat berharap agar Allah swt masih memberi saya peluang untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini. Ramdhan yang mana kedatangannya ditunggu-tunggu dan perginya dirindui. Adakah masih ada peluang untuk saya bertemu dengannya. Insya-Allah. Selagi ada janji Allah untuk saya.

Apa pun, dah ada yang shopping rayer kan. Malahan tempahan untuk baju rayer pun dah tutup. Iklan kuih raya, jangan cakaplah. Sebut jer nak kuih apa, bentuk apa, warna apa. Semua ada. Pokok pangkalnya duit. Iklan perabut pun dah bersepah. Tanpa pembayaran sampai 3 bulan. Wah....boleh gelap mata bila memikirkan perabut yang chanteq-chanteq tu. Rasanya kat rumah, kabinet TV saya dah nak runtuh. Boleh jugaklah kalau berhajat nak tukar.

Tapikan....Masya-Allah. Kita ni nak sambut Ramadhan ker...nak sambut raya aidilfitri. Puasa pun belum, tapi semua benda dah tempah. Rasanya gaji untuk bulan ni dah habis untuk persediaan raya. Jangan disebutlah gaji bulan depan. Pun dah siap perancangan ke mana hala tuju duit tu. He..he...membeli boleh, namun kena beringat. Hakikat Ramadhan adalah supaya kita menginsafkan diri di dalam kekurangan dan kelaparan. Merasai kesusahan teman-teman lain yang mana setiap hari mereka berpuasa. Dan masa untuk merehatkan perut yang setiap hari bekerja... Kilang pun ada cuti kan..

Terasa sinar ramadhan semakin dekat. Tiba-tiba rasa teringat kat kampung. Sehari sebelum ramadhan dan hari raya akan ada mantai. Iaitu hari untuk menyambut dan membuat persediaan menyambut ramadhan atau raye. Nantilah saya cerita pasal mantai ni. Sebab dah terbayang lemang dan rendang yang emak masak. Terliuq sudah...

Apa pun...harap kita diberi ketenangan dan ketabahan dalam menempuhi bulan yang berkat ini.

Wassalam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...