Monday, May 30, 2011

Berikanlah saya sedikit kegembiraan hari ni..

Setelah pelbagai peristiwa yang memenatkan dan menyedihkan berlaku, saya amat berharap hari ini saya diberi berita kegembiraan lah pulak. Ini kerana kesian pada saya. Pelbagai peritiwa yang belaku. Ditambah dengan pemergian mek tersayang mengadap Ilahi.

Rasa berdebar, rasa seram sejuk, rasa nak ke tandas. Semua ada. Berbaur dalam satu rasa. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Ya Allah sesungguhnya Engkaulah yang Maha penyayang lagi mengasihi. Ya Allah, janganlah Engkau kecewakan hati ini lagi. Berikanlah sinar cahaya yang cantik untuk ku hari ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu ku berserah kini. Sesunggunya, Engkau Maha mengetahui dan mengasihai hamba Mu ini.

Tak taulah nak kata apa. Tapi serasa macam nak terjun bangunan pun ada kini. Tapi sabar itu separuh daripada iman kan. Dan mati membunuh diri amat dilaknat Allah. Seolah-olah telah berputus asa.

Bangunlah segera, jangan lah berputus asa. Sesungguhnya orang0orang yang berputus asa tergolong di dalam orang-orang yang rugi.

Okey...cukuplah tazkirah pagi ini. Seperti biasa setalah lama tidak menulis, akan menulis yang tidak terjangkau dek akal. Mula menulis yang merepek-repek. Tujuannya untuk mengurangkan debar di hati. Tujuannya untuk menenagkan Pn hati yang duk dak duk dak jer kerjenya.

Thursday, May 26, 2011

Semoga roh MEK dicucuri rahmat

Hari ni dikejutkan dgn berita kematian mek iaitu nenak kepada suami. Namun itulah kehendak Allah utk mengambil hamba-Nya kembali pulang ke pangkuan Ilahi. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh. Sesungguhnya ini sesuatu yang berat dan menyedihkan. Namun setiap yang hidup pasti akan mati. Sebagai hamba-Nya, kita perlu redhakan dengan seikhlas hati. Semoga perjalanan roh ini tenang dan bahagia di sisi Allah.


Kita yang masih hidup ini adakah mengingati akan kematian? atau masih diulit mimpi dan keseronokkan duniawi?

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan.” (al-Ankabut:57)..

Kematian bukan hal yang tabu bagi kita, aku, kamu, semua yang ada di bumi ini akan mengalami kematian. Adakah kita tahu saat ajal datang menjemput.? Tiada siapa yang mengetahui saat kematiannya. Andai kita tahu pasti ramai yang menghabiskan waktu menghadap Ilahi memohon keampunan sebelum hampir kematian itu. Andai kita tahu pasti siang dan malam kita tidak lekang dari menyebut nama-NYA.

Apabila kegembiraan mencurah-curah dari hati, bolehkah kita selitkan peringatan mengenai mati? Apabila cita-cita tercapai, kemewahan dikecapi, kebahagiaan tak sudah-sudah, adakah kita ingat esok kita mati dan semua itu akan musnah? Berhasilkah kita menasihati diri sendiri pada saat kelalaian dan lupa daratan? Sungguh susah kerana kita cenderung kepada tarikan cinta dunia dan takut mati. Takut mati kerana tidak bersedia menghadapi kematian kerana masih dengan dosa dan kekotoran yang terpalit pada diri. Mengingati akan kematian sebaik-baik kebijaksanaan akal dan kecergasan minda. Ingat akan mati dapat menyelamatkan diri dari kelazatan dunia dan dosa.

"Mati memisahkan kita dari duniawi,

Mati memisahkan kita dari kekusutan,

Mati memisahkan kita dari bahagia,

Mati adalah janji yang ditepati,

Mati itu pasti bagi setiap yang hidup."


Dan jadikanlah ayat-ayat Allah sebagai peransang dalam meningkatkan motivasi dalaman kita ke arah pembentukan keperibadian soleh dan solehah. "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
Sesungguhnya Dialah yang mencipta perasaan cinta dan rindu itu. Semoga Dia yang sangat kita cintai dan kita rindui akan tetap terpahat kukuh dalam jiwa dan sanubari kita. Wallahua’lam.

Tuesday, May 24, 2011

Pelbagai kejadian berlaku sejak papa tak de

Sejak papa mereka ni pergi kursus, macam-macam pulak yang berlaku kat rumah. Sampai pening kepala saya. Agaknya Allah nak menguji saya kut. Iyelah baru kena tinggal, dah macam-macam.
Mula-mula tu minggu lepas. Tengah masak untuk makan tengahari untuk saya dan anak-anak, gas habis lah pulak. Satu kerja dah ni. Ketika itu ayam bersama kawan-kawan perencah dia dah berenang-renang dalam kuali. Bawang dah ditumis untuk goreng sayur. Lebih malang spare gas pun kosong. Nak buat camno. Tutup semua (untuk keselamatan walaupun gas kosong), bersiap terus ajak abang makan tengahari dekat luar.

Petang tu telefon tauke gas minta hantar gas kat rumah. Mujur dia nak, tapi duk pot pet sebab saya minta dia hantar ke dalam rumah,

"Saya tak hantar sampai dalam rumah. Itulah pasal saya tak nak hantar ke rumah orang. Saya dah banyak hantar gas ke kedai. Ada dekat 100 tong. Puas dah ni", kata si penjual gas.
"Oh...takpelah. Awak tolong hantar satu jer lah ke dalam. Kesian saya. Macam mana nak bawa ke dalam", kata saya meraih simpati.
Nasib baik dia mahu, kalau tidak puas juga saya nak angkut ke dalam. Tapi bagi upah lebih jer kan.

Keduanya, mesin basuh saya baru jer rosak hari Ahad lepas. Nak beli baru, macam boleh baiki. Sebab saya agak kerosakan dia sikit jer kut. Tengoklah hari ni. Kalau tak datang juga orang nak baikinya, saya beli baru jerlah. Tak daya den nak basuh pakai tangan. Nak hantar dobi, sabun dobi tu kuat sangat. Takut anak-anak tak tahan pula. Lagi satu sayang juga nak membayar dobi tu kan (sanggup bersusah dari membayar dobi). Mahu patah pinggang basuh baju. Iye ler...lama benor dah rasanya tak basuh baju pakai tangan ni. Kalau basuh pun cuma baju sekolah abang yang dah kepam tu jer.

Sepatutnya semalam lagi dah ada orang yang janji nak datang ambil mesin basuh saya. Tapi sampai ke sudah hilang tanpa berita. Bila saya telefon semula, macam-macam alasan. Alasan yang paling tak dapat diterima dek akal, lori tak sampai-sampai. Tak kanlah dari pagi sampai ke malam lori tu tak pulang-pulang. Hebat tul kerje driver tu. Kerja satu hari penuh tul. Itulah pasal saya malas nak berurusan dengan tauke Melayu ni. Bukan apa. Saya pun melayu jugak. Tapi kan mereka langsung tak menjaga hati pelanggan. Kalau nak datang lewat bagitaulah. Kalau tak dapat buat hari ni pun bagi taulah. Buatlah follow up. Takde lah saya tertunggu-tunggu. Takut kalau saya cari lain, dia datang lah pula. Alahai....

Dan semalam juga, anak sulung saya kena sengat tebuan lah pula kat sekolah. Balik rumah duk heboh kata sakit. Dia kat kena lebah yang ada warna hitam dan kuning tu. Saya tak kenal lebah. Tapi cikgu dah bubuh ubat kat sekolah tadi. Telefon En Suami, dia minta bawa abang ke klinik. Takut apa-apa hal kan. Jadi bila dah bawa ke klinik, doktor kata bukan lebah tapi tebuan. Oh...yer ke. Saya mana tau. Tapi doktor kata, takut abang alegik dengan sengat dia jer. Kalau tak alergik tak per. Kesannya mungkin naik ruam atau sebagainya. Yang paling ditakuti bila abang muntah. Mujur abang kuat. Alaergik takde, muntah pun takde. Kalau tak, tidur hospital lagilah. Dia tahu mama dia sorang, jadi tak banyak kerenahlah.

Itulah kan, macam-macam berlaku sejak saya tinggal sorang ni. Semoga Allah memberikan saya kekuatan.

Dan hujung minggu ni pula abang akan berkhatan. Dan Insya-Allah emak bersama pakcu akan datang melawat dan memberi tips-tips sihat. Emak saya tu bukan apa sebenarnya, dia nak jadi skuad pemantau. Takut saya tak jaga betul cucu dia tu. Dia takut saya cuai. Jangan risau mak, biasanya anak sakit suami saya yang jaga...kui...kui... Dan saya pun dah cari info-info menjaga anak berkhatan ni. Sekarang ni kan maklumat di hujung jari.... Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. Berdebar sebenornya nak menjaga anak berkhatan....he...he...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...