Friday, May 06, 2011

Tragedi Di Ulu Bendul-jadikan pengajaran

Air jikalau kecil dijadikan kawan, tetapi apabila besar menjadi lawan. Itulah perumpamaan yang boleh saya berikan ketika ini. Ini disebabkan ada yang ketawa apabila dikhabarkan ada kanak-kanak hanyut dan lemas di sungai tersebut. Apa tidaknya, jika kebiasaanya airnya cuma separas buku lali. Dan mungkin kalau tempat yang dalam pun cuma separas peha. Tetapi ketika itu air ini telah menjadi seumpama tsunami kecil yang membawa arus air yang cukup deras dan menakutkan serta membawa bersama segala di depannya.

Kepala air (flash flood) ini memang kerap berlaku di sungai. Ini kerana berlaku pengumpulan air hujan dari bahagian hulu dan kemudian akan turun secara serentak dan menghasilkan limpahan air yang banyak. Ada ketikanya, turunnya hanya yang kecil, kadangkala sederhana dan ada ketika besar seperti ini.


Gambar anak-anak yang lemas
Gambar anak yang tengah itulah yang masih hilang
Kesiankan...tidur atas tikar jer

Kebiasaanya semua orang dah tahu dan kalau hujan tak kiralah lebat atau tidak, tiada sapa lagi mandi di situ. Itulah sebabnya tak ada lagi kes berlakunya lemas seperti ini. Tapi ramai yang buat tak tahu walaupun dah tahu. Jika rasa berminat nak berjumpa dan beramah mesra dengan kepala air ini, datanglah ketika hari mendung atau ketika hujan baru hendak bermula. Tak lama lepas tu mesti jumpa. Kebiasaannya selepas kepala air ini berlaku, sekitar kawasan ulu bendul mesti tiada air paip dekat rumah. Sebab loji ditutup supaya air berlumpur ini tidak masuk ke dalam tangki. Dan kebanyakkan penduduk kat situ tak de tangki air sendiri.


Rumah ibu saya terletak 1 kilometer dari Taman Rekreasi Ulu Bendul. Jadi setiap kali saya pulang ke kampung mesti tension kalau hujan. Ini kerana selepas hujan mesti air paip takde. Jadi dah biasa dengan fenomena kepala air ini. Dan pernah satu ketika kalau tidak silap saya, 2 tahun lepas pernah berlaku banjir (tak pernah seumur hidup saya banjir) akibat lebihan limpahan hujan di bahagian hulu yang mengakibatkan banyak rumah yag dinaikki air. Rumah emak saya berhampiran jalan raya. Jadi tak kena. Namun pagar kami yang dipasang dan di'bim' dengan semen pun boleh jalan di bawa arus air. Inikan pula manusia.

Jadi perkara ini memang biasa namun kita sahaja perlu berhati-hati semasa mandi tak kiralah sungai atau laut. Bahayanya tetap ada.

Menurut emak saya, sungai belakang rumah menjadi terang disebabkan ramai yang melaluinya. Kebiasaannya hanya binatang aje yang ada. Kalau tak silap saya, pada bulan Januari 2011 ini, baru jer tangkap harimau kumbang dalam kawasan berpagar rumah emak saya dikampung. Kalau tak percaya cuba google. Dan harimau itu telah dihantar ke zoo melaka. Bukan setakat harimau kumbang, malahan tapir, anjing hutan, babi, ular dari yang lidi sampailah ke sawa pun banyak. Masa saya balik kampung cuti sekolah baru ini, ketika bawa anak mandi sungai belakang rumah emak saya, terjumpalah jejak si tapir ni. Jejaknya cukup besar sehingga menakutkan kami. Iyelah, baru jer tangkap harimau, dah ada pulak jejak binatang lain. Sekali dia terkam anak-anak saya, seriau nanti.


Sekarang usaha mencari dari pihak berkenaan telah dihentikan. Cuma berharap pihak keluarga kanak-kanak ini sahaja yang masih berusaha. Iyelah tak kanlah nak jasad anak tu tenggelam dalam sungai. Kalau bukan kita, siapa lagi nak mencari anak-anak ini. Dan pada petang tadi ahli keluarga anak ini telah datang ke rumah emak meminta izin lalu untuk pergi ke sungai belakang rumah. Namun hasilnya mengecewakan. Dan saya masih berharap dan berdoa akan ditemui.

Cuma yang saya agak khuatir, di kawasan sungai tersebut terdapat banyak binatang. Mana tidaknya, hutan tebal kat belakang sungai tu. Saya takut anak ini telah dibawa lari atau dibaham oleh binatang buas seperti harimau, ular mahupun babi. Babi memang bantai semua benda. Malahan ayam kampung ayah saya pun dia bantai makan (masa tak de pagar dululah). Bukan setakat ayam, malahan telur, kucing. Memang buruk makan ini haiwan. Harap-harap dijauhkanlah.

Nak disesalkan, benda dah berlaku. Nak disalahkan, benda dah terjadi. Menangis air mata darah sekali pun, benda dah berlaku tetap berlaku. Cuma jadikan ini satu pedoman dan pengajaran. Sayangilah anak-anak. Kesian anak-anak hasil dari penceraian ibu bapa ni. Terabai. Cuai. Ikut sedap jer sesapa nak jaga. Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa ni, jangan ikutkan hati, anak-anak yang merana. Tengok gambar di atas tu, tidur atas tikar jer. Sedih, syahdu dan rasa yang tak terucap dengan kata-kata.

Kepada ibu bapa dan ahli keluarga kanak-kanak ini tabahkan hati, kuatkan semangat. Muhasabah diri. Mungkin ada hikmah di sebalik segala kejadian ini.

Al-Fatihah buatmu anak-anak. Syurga tempatmu ini. Jika hidupmu susah di dunia, insya-Allah di sana hidupmu bahagia. Jika dahulu dirimu diabaikan, kini disayangi dan dirindui. Insya-Allah bidadari syurga menunggumu di sana. Tinggallah dunia, tinggallah sayang. Kami pergi dulu.

Keratan akhbar Sinar Harian pasal penangkapan harimau kumbang di rumah emak saya.

ULU BENDUL – Misteri kehilangan sembilan ekor ayam dan tiga ekor angsa peliharaan Mohd Zaini Saad, 29, di Kampung Ulu Bendul terjawab apabila berjaya menangkap seekor harimau kumbang dekat belakang rumahnya itu, kelmarin.
Harimau kumbang yang belum diketahui jantinanya itu bertindak agresif apabila Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Jempol serta Seremban mengangkat sangkar hingga menyebabkan haiwan karnivor itu mengalami luka kecil.

Tertarik dengan kambing yang dijadikan umpan, harimau kumbang masuk ke dalam sangkar yang dipasang Perhilitan sejak dua hari lalu.

Mohd Zaini yang menyedari haiwan buas itu telah masuk dalam perangkap kemudian menghubungi Perhilitan.

Menurutnya, pada mulanya dia tidak perasaan binatang peliharaannya hilang terutama ayam ternakan kerana dia memelihara dalam kuantiti yang banyak untuk dibuat ayam salai.

“Memang sebelum ini tidak perasan tetapi sejak kebelakangan ini, ayam dan itik saya hilang satu persatu setiap hari.

“Hati mula tergerak untuk melihat kawasan belakang rumah lima hari yang lalu dan saya terkejut apabila ternampak bekas tapak kaki seekor harimau,” katanya yang membuka kedai ayam dan itik salai Pak Teh Ulu Bendul di hadapan rumahnya.

Mohd Zaini berkata, dia lega kerana harimau kumbang berkenaan berjaya ditangkap, sekali gus merungkai misteri kehilangan ternakannya selama ini.

“Jika dibiarkan berlarutan, keadaan ini boleh menjejaskan perniagaan saya,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Thursday, May 05, 2011

Kesian Arissa jatuh

Anak dara saya sorang ni memang lasak. Semua benda yang abang-abang dia buat, dia pun nak buat sama. Panjat kerusi, sepak bola, nak main luar rumah, lari sana-sini, main basikal. Sejak dah dapat kaki lebih lasak. Sampaikan nak balik kampung pun, kami pilih bergerak malam. Supaya anak-anak tenang dan tidur. Terutama Arissa lah. Dia bukan faham kalau kena marah pun.

Malam semalam, tiga beradik ni duk pakat main kerusi ni. Mula-mula cuma tolak Arissa sorang jer. Tak ada apa-apa. Selamat. Lepas tu naik pulak Abang. Jadi abang naik sekali dengan Arissa sambil kaki abang kayuh kerusi ni. Selamat jugak.

Angah pulak nak cuba. Disebabkan dia pendek lagi dan kaki tak sampai bawah, maka Abang tolong tolakan. Sambil tu Arissa pun naik sekali. Dia mana boleh tinggal. Nak jadikan cerita, masa abang nak tolak masuk dalam bilik terlanggar lantai yang tak sama tinggi. Apa lagi, tersembamlah jatuh. Yang paling sadis, Arissa paling bawah. Hasilnya, dapat penyakit. Arissa dapat telur ayam di dahi. Angah dapat sakit kaki dan dada. Abang pulak dapat tidur awal dan kena pot pet dengan papa. Tamat dah masa main. Tinggal masa menahan sakit dan tuam kepala. Tu lah namanya tak de padah, cari padah.


Bestnya dapat telur ayam kat dahi
Kalau telur ayam betul, boleh jugak goreng
Apa lagi, masa kena nangis guling-guling lah sebab sakit.
Sebab dia paling bawah. Kena himpit pulak dek abang-abang.

Ni lah caranya nak main kerusi.
Gambar ini lakun semula.
Abang-abang semua takut dah nak dekat kerusi ni masa saya letak Arissa.
Siap abang pesan, "Karang jatuh lagi Rissa".

Ada niat lagi tu nak main.
Siap minta tolak lagi
Muka bersalah si angah


Ni lagi sorang dengan muka bersalah, Abang.

Wednesday, May 04, 2011

Harapan dalam masa 24 jam untuk menemui si adik bongsu

Cuma doa dan harapan yang dapat disandarkan untuk menemui si kecil yang baru berusia 2 tahun ini. Menurut pihak bomba yang terlibat, anak kecil ini mungkin akan ditemui dalam masa 24 jam. Ini kerana kemungkinan apabila telah kembung, jasad akan timbul di permukaan air.

Namun, itupun jika jasad tersebut tidak tertimbus di dalam pasir. Ini kerana ketika mayat 2 orang kakaknya yang ditemui itu semuanya tertimbus dalam pasir.Tahu aje lah, tsunami sungai mengakibatkan segalanya bergerak. Termasuklah batu, kayu dan pasir. Jadi kemungkinan anak ini tertimbus ada. Jika tertimbus agak sukarlah untuk ia timbul. Jadi pihak berkenaan masih berusaha untuk mencari anak ini.

Jadi doa dari semua diharapkan agar dapat membantu agar mudah anak ini ditemui.

Susulan kejadian 3 kanak-kanak hanyut dipercayai lemas ketika berkelah di Hutan Ulu Bendul.

Mayat 2 daripada mereka ditemui pagi tadi.

Mayat Nur Syaza Alisa Syed Ahmad, 5, ditemui jam 3.15 pagi tadi, dan mayat adiknya, Nur Syaza Azira, 4, ditemui 10.20 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Jaafar Baba, operasi mencari giat dijalankan bagi mencari seorang lagi mangsa.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk bedah siasat.

Gerakan mencari mangsa terakhir, Nur Shaza Sakirah, 2 tahun, meliputi jarak 5 hingga 7 kilometer, daripada tempat kejadian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...