Ini adalah hasil penggunaan sendiri breast pump eve love flexi. Bagi saya terdapat pro dan cont dalam penggunaanya double breast pump eve love ni.
Pro :
1. Suction Breast pump yang tidak menyakitkan....malahan sedutan baby lebih kuat. Namun masih dapat memenuhkan botol susu.
2. Ringan
3. Mudah digunakan & dibersihkan
4. Tempoh 30minit saya boleh perolehi susu sebanyak 11oz
5. Tidak menggunakan banyak kuasa. Saya cuma perlu caj power bank 2minggu sekali sahaja.
6. Sehingga kini, tiada lagi masalah overflow
Kontra :
1. Bunyi pump agak kuat terutama di malam yang sunyi. Kalau semasa siang....bunyi ok lagi.
2. Menggunakan motor yang sama untuk kedua-dua belah pum. Jadi kena tutup sebelah jika nak jadikan single pump (biasanya saya guna penutup pum untuk tutupkan...supaya masih ada suction...jika terbuka...suction akan lemah)
Ini adalah hasil BM saya. Tidaklah sebanyak mana. Namun alhamdulillah ....masih cukup untk baby saya dan buat stok jika dah berkerja semula nanti
minggu pertama selepas bersalin
3oz
minggu kedua bersalin
semakin meningkat kepada 4.75oz
Semakin bertambah
Hasil semalam
13/7/2014
9oz
Hasil pagi ini
14/7/2014
11oz
tempoh pengepaman 35minit