Wednesday, June 01, 2011

Selamat sudah Aqil berkhatan

Semalam disebabkan En Suami ada sehari lagi berkursus di KL, maka saya anak beranak ikut sekali sebab nak menjengah anak buah saya yang baru lepas bersunat. Sambil menyelam minum air kan. Bolehlah pergi kali ni, sebab abang pun sedang cuti sekolah. Maka bercutilah mamanya.

Alhamdullilah....anak buah saya ini selamat masuk jawi pada hari Sabtu hari tu. Sekali bersunat dengan dia ialah Amir iaitu anak buah kakak saya. Selamat sudah. Cuma kini sedang melalui proses berpantang. Budak-budak banyaklah kerenahnya bila terpaksa berpantang. Tambahan pulak luka belum sembuh. Bila kena air, menjerit-jeritlah sakit. Kesian....tapi takpelah. Dah selesai pun. Sekali seumur hidup jer bang Aqil... Lepas ni tak der lah.

Ayah duk pujuk Aqil sebab baru lepas mandi.
Sakit kena air.
Biasalah tu Qil, luka sikit pun kalau kena air memang sakit
Takpe...2 hari lagi ibu janji nak beli PS3 kan...
Berbaloi betul bersunat...PS3 boleh dapat
Kalau camtu...tiap-tiap tahun lah bersunat
Kadang-kadang lawak jugak si Aqil ni. Bak kata ibunya, ada ker lepas bersunat sibuk nak makan pizza hut pula. Awak tu kan berpantang. Dahlah pakai kain pelikat. Tak rock betul nak pergi makan pizza sambil pegang kain pelikat. Lepas tu nampak 7eleven, nak makan kinderbueno lah pulak. Aqil....aqil.

Takpelah Qil, awak tu kan tak sihat lagi. Dah sihat nanti, belasah lah makan semua. Ni luka belum elok, kenalah pantang sikit. Kalau orang pompuan lagi banyak kali. Lagi ramai anaknya, lagi banyak kalilah kena melalui kesakitan, penyembuhan dan berpantang. Bagi orang lelaki, bernasib baik kerana hanya sekali ni jer.


Amer yang cool
Rilek jer dan cukup tahan sakit.
Tapi dia ni memang tak lasak macam anak-anak saya
Kengkadang suka tengok dia, sebab rilek jer
Apsallah anak-anak saya tak cool cam die..
 Sepatutnya, anak saya si abang turut bersunat. Tetapi disebabkan papa sibuk menguruskan majlis tahlil Mek dan berkursus, jadi ditundakanlah mungkin ke hujung tahun ni. Tak boleh lambat lagi sebab kalau lagi lambat, lagi dia takut. Sebab lagi ramai rakan-rakan dia dah berkhatan, lagi macam-macam cerita sakit. Takut dia fobialah pula.

Tengok muka cuak Abang bila tengok Aqil sakit
Berkerut-kerut muka
Sekejap jer sakitnya Aqil, lepas tu dah boleh gelak-gelak main PS2
Ini pun bila tengok Aqil duk mengaduh sakit selepas kena air, dia dah cuak. Muka pun dah berkerut-kerut. Sampaikan bila pagi tadi papa tanya,
"Abang dah sedia nak kena sunat ker".
Apa jawab abang, "Abang belum sedia".
"Aik...sebelum ni beria-ia, apsal hari ni dah tak sedialah pulak", kata papa lagi.

Dia dah cuaklah bila tengok keadaan Aqil yang terpaksa berpantang, tidur sambil kain kena ikat, sakit bila kena air. Tapi dia tak tahu kebaikkan di belakangnya. Sebab lepas ni, Aqil dah boleh berlari macam biasa. Aqil tak payah dah nak fikir pasal bersunat lagi. Aqil dapat hadiah dari ibu dan ayah. Dan yang paling best, Aqil dah boleh sembahyang Jumaat sebaris dengan si Ayah. Best apa. Sebab dah besar....kui...kui...

2 comments:

  1. alahai tunda kerana ayahnya sibuk.xpelaa masih byk masa, sedang ok laa tu hujung tahun ni...selamat berpantanglaa bg anak2 buah akak nih...

    ReplyDelete
  2. Salam kunjungan, Blog menarik.. senang2 singgah la ke blog saya ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...