Wednesday, June 08, 2011

Cuti sekolah cuti berkenduri kendara

Cuti jer sekolah, berderetlah jemputan kahwin. Agaknya inilah masa terbaik untuk melangsungkan majlis. Ialah, sanak saudara yang jauh dan dekat dapat memeriahkan majlis. Tapi hakikatnya, tak de dah saudara mara yang berkampung di rumah nak membantu, memasak ketika kenduri. Itulah sebabnya ramai yang menggunakan khidmat katering jer. Kepala tak pening. Majlis pun lancar jer.

Balik kampung hujung minggu lepas bagi memenuhi undangan majlis perkahwinan sepupu saya di kampung. Jadi alang-alang tu pergi sekalilah majlis kenduri sambut menantu besan emak saya di Seremban. Walau dimana pun kenduri berlangsung, di kampung ker, di bandar ker...memang gah. Dengan deretan khemah yang berscalop mengikut warna tema pengantin. Meriah...gah....nampak mewah. Berhabis betul orang sekarang ni kan buat majlis kenduri kahwin. Mahu makan beribu-ribu lemon ni...kui..kui... Agaknya kalau zaman anak-anak saya nanti berapa lah pulak belanjanya yer. Jangan sampai ratus ribu lah pulak sudah. Mahu pinjam Ah Long  lah pulak saya ni.


Selamat pengantin baru kepada bob dan naja
Semoga sehingga ke akhir hayat
Tema merah putih menjadi pilihan

Sampai ke khemah pun mengikut warna tema pengantin.
Selesa disebabkan menggunakan kawasan sekolah Keb Inas
Puas carik tempat ni sebab saya tertinggal di belakang.
GPS saya tak detect, mungkin kena update tu
 
Siap ada DJ lagi
Karoeke pun ada
Boleh sapa-sapa yang teringin nak men"sumbang"kan lagu.
 

Muka ketat papa dan Arissa
Sebab panas.
Masa ni baru sampai, dan saya ditugaskan membawa dulang hantaran.
Habis cair kek yang saya bawa, sebab dijemur di tengah panas sementara menunggu pengantin berarak
Sabar jerlah....panas tu.
Mujur saya jenis yang tidak pakai make-up.
Adik-adik yang pakai make-up tebal, habis cair...hilang seri dah

Ini hidangannya yang sempat saya sambar
Sedap....nyum...nyum...

Selesai jer kenduri di Inas, terus bergegas ke Seremban lah pulak. Di TTTJ, ada satu lagi kenduri. Iaitu kenduri sambut menantu Besan emak saya. Warna tema biru turqoise dan putih. Meriah dan cantik warna pilihannya. Kebetulan saya juga memakai baju tema, jadi tetamu ingat saya adalah tuan rumah. Mujur tak der yang salam bagi duit...kui..kui..

Keluarga sebelah pengantin lelaki.
Semua ada kecuali anak buah busuk masam saya iaitu kakak damia.
Mungkin tengah sibuk main dengan anak saya, Abang.
Tapi sebelum tu, damia dan abang dah duduk bersanding atas pelamin yang ketika itu saya tengah makan.
Siap dia dua orang tu duk agih bunga telur dekat saya.
Damia...damia...

Ini kakak saya bersama Wafeeka.
Orang kuat majlis ni....kui...kui..
Keletihan yer...

Selamat pengantin baru kepada boy dan amy.
Semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Pengantin bersama ibu bapa sebelah pengantin lelaki.
Sama cantik sama padan.
Cantik pengantin perempuannya....bertuah boy...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...