Monday, January 12, 2015

Roti sarang lebah

Assalamualaikum....

Semalam sempat mencuba roti sarang lebah ni. Dalam cuaca hujan dan sejuk ni, aku duk terfikir...apa nak makan ni. Bila jenguk kabinet, ada lebihan tepung roti 500g. Apa lagi, cari le resepi nak cuba roti sarang lebah ni.

Aku uli guna bread maker je. Masuk semua bahan, dimulakan dengan bahan basah dahulu, diikuti bahan kering. Dan akhir sekali masukkan marjerin dan shortening sebelah...sebelah lagi masukan yis kering. Tekan butang doh....deng...deng...1jam 30 minit dah siap. Senang dan mudah. Baik beli bread maker. Aku beli yang murah je. Cap tesco...baru rm199. Berbaloi-baloi.

Bila dah siap, tak sabarnye pasal. Butterscotch tu tuang time panas lagi. Jadi kuahnya agak cairlah. Dah tak menyempatkan. Oklah...hasilnya roti gebu dan kuah yang agak manis gitu. Memang rasanya cam gitu ye.

Oklah...ini resepinya :

Resepi roti ;
500g tepung roti
100g gula castor
11g yis kering
1st bread improver
100g marjerin @ 60g marjerin & 40g shortening
2sb susu pekat
1bj telur(ambil 1 st untuk glis)
air dari peti sejuk

Bahan glis:
1sb putih telur
1sb madu
- gaul sebati


CARA: GUNA MIXER 
1.       SATUKAN TEPUNG, GULA, YIS ,BREAD IMPROVER & MAJERIN, ULI SEBATI
2.       MASUKKAN ADUNAN CECAIR TIMBANG TELUR + SUSU PEKAT + AIR = 310ML, ULI  SELAMA 10 MINIT.
3.       BIARKN SEKEJAB SELAMA 5 MINIT
4.       SAMBUNG LAGI ULI SELAMA 10 MINIT
5.       BIARKAN SEKEJAB 5 MINIT LAGI
6.       ULI LAGI SELEPAS ITU KELUARKAN. ATAS PAPAN BANTING & TUMBUK2 SEBERAPA BANYAK YG BOLEH
7.       TIMBANG 45G/50G N BIARKN 10 MINIT. SELEPAS ITU BOLEH BENTUKKN IKUT YANG MANA SUKA.  PERAP SELAMA 45 MINIT
8.       BAKAR 180C/ SELAMA 10 MINIT( IKUT KESESUAIAN OVEN)

CARA BREAD MAKER:
1) MASUKKN BAHAN CECAIR : TELUR + SUSU PEKAT + AIR = 310ML
2) MASUKKN TEPUNG, BERAD IMPROVER & GULA
3) LETAK YIS SEBELAH KANAN
4) LETAK MAJERIN SEBELAH KIRI
5) SETTING DOH..BIARKN TAMAT MASA, BREADMAKER TESCO 1JAM 30MINIT
6) MATIKN SUIS..KELUARKAN DOH DALAM BEKAS LAIN. TUMBUK-TUMBUKAN DOH. BOLEH BENTUKKAN MENGIKUT CITARASA KITA.
7)SAPUKAN ACUAN DENGAN MINYAK MASAK, SUSUN DOH DALAM ACUAN. BIARKAN DALAM 45 MINIT LAGI.
8. SELEPAS 45MINIT, GLISKAN ROTI DAN TABUR BAHAN
9. BAKAR DENGAN SUHU 180C SELAMA 20MINIT, IKUT KESESUAIAN. 



SOS butterscotch
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (boleh ganti dengan susu cair atau fresh milk)
Secubit garam
1/2 tsp essen vanila
25 gm mentega

Cara-cara :

1. Cairkan mentega. Masukkan gula perang. Kacau sehingga gula larut dan berbuih.
2. Masukkan whipping cream dan garam. Kacau perlahan-lahan.
3. Akhir sekali masukkan essen vanila. Padamkan api, kacau sehingga rata.
4. Sos nampak cair tetapi apabila sejuk ianya agak pekat, tuangkan ke atas permukaan roti.





Roti yang dah siap dibentukkan, tapi belum glis lagi.
Tunggu 45minit, baru gliskan.
Bahan glis, dalam mangkuk tu

Dah siap gliskan, tabur ikut suka.

Dah siap bakar...
Bau semerbak rumah.

Dah siap disiram dengan kuah butterscoth.
Disebabkan butterscoth belumpekat...masih panas lagi...jadi cairlah

Ok...dah ready dalam bekas..
Nak jual berapa rm ni ye...

Ni aku bancuh semula sos butterscoth nye
Lebih pekat....dan berkrim
Untuk dapatkan kuah seperti ini, sos perlu dikacau sentiasa...supaya tak pecah minyak.
Memula aku buat tu, memain kacau. Jadi pecah minyak.
Rasa sama, cuma kurang comei.

Mesti ada terselit permata hati kami

Cak...

1 comment:

  1. assalam.. nak tanya.. kenapa ya saya uli guna breadmaker, lepas siap 1jam 30min tu, doh tu melekitlagi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...