Friday, January 02, 2015

Banjir di kota bharu - operasi pembersihan ~ 2

En suami dah menjalankan operasi menyelamatkan mangsa banjir. Meredah jugaklah air banjir semasa otw balik kota bharu. Lepas tu bawak semua mangsa banjir iaitu mami dan Sue anak beranak balik ke rumah kami di kuantan. Dah macam baru keluar hutan masing-masing.  Dengan kelaparan, muka keletihan dan keseraman.

Bila banjir dah surut, ops bersih pun bermula. Lagi sekali en suami dan anak2 bujang kami balik ke kota bharu. Aku tinggal rumah dengan 2 orang anak dara ku. Letih jugak ni. Almaklumlah...banjir lumpur. Tebal jugak selutnya. Bertabahlah si tukang2 cuci sekalian.

Rumah kami di kuantan pada tahun lepas, bukan banjir lumpur. Cuma ada sedikit selut merah sahaja. Ini bukan setakat selut, malahan lumpur yang tebal. Dah boleh bersawah padi dalam rumah.  Dicelah-celah selut tu pun ada belut 2-3 ekor. Jadi dah sahlah, sawah padi dalam rumah.

Perabot...totally rosak. Sofa, rak tv, meja makan, almari dan sewaktu dengannya, habis rosak. Serasanya, air dalam rumah separas pinggang. Cuma bila surut sikit, air bercampur lumpur separas lutut, bertahan selama 3 hari dalam rumah. Tu yang habis semua perabut.
















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...