Monday, April 21, 2014

Meroti lagi

He...he....gara-gara dah ada bread maker, sangat rajin kak nur buat roti. Sebb senangkan. Campur semua bahan, tau-tau dah siap jadi doh. Tinggal nak bentuk sahaja. Mana tak suka nya akak.

Kali kedua buat, agak buruk jugak. Sebab baru pertama kali letak sosej. Tapi yang pasti, cepat je licin bila ada sosej ni

Kali ketiga buat, oklah sikit. Buat semua roti sosej. Buat breakfast esoknya. Sekejap je licin. Budak-budak nak membesar ni, nak makan aje.

Bangga mama, bila anak-anak kata rasa roti mama macam beli. Suka....suka...


Ini kali kedua buat...hodohkan
Tapi makan sedap tu....hu....hu

Paling digemari....kali kedua jugak
Senang sangat ni....pintal-pintal je
Macam main masak-masak je

Kali ke-3
Macam pro sikit kan
Anak-anak tolong
Abang timbang doh, angah tolong potong & letak sosej
Suka betul diorang dapat buat roti sendiri

Cantik tak....senang je ni...
Semua orang pasti boleh buat...

Yang ni lagi senang
Bentukkan longjong, lepas tu gelek bagi leper
Tekan sosej atasnya

Sosej habis....jadi akak buat roti bergula je...

Tengok hasilnya....
Macam beli
Kalau beli mahal ni, sebab guna sosej ayamas
Kalau beli.....tak tau sosej apa dia pakai


Nyum....nyum
Paling diminati anak-anak

Nak gulung roti sosej tak pandai, jadi balut jer dengan doh
Senang je....
Ni angah....anak kedua saya yang gulung
Alhamdullilah...siap...& sedap & yang penting halalan toiyiban

Resepi masih yang sama, cuma pelbagaikan bentuk sahaja
resepi disini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...