Monday, September 05, 2011

Happy besday Angah Qib

Alhamdullilah....kini genap umurnya anakanda yang kedua saya 4 tahun. Pejam celik pejam celik, kejap jer dah menjangkau umur itu(kejap ker...he2). Agaknya...tanpa saya sedari nanti, kejap jer anak-anak semua dah besar.

Apa pun, doa saya sentiasa mengiringi mereka agar menjadi anak yang soleh dan menyejukkan hati mama dan papanya.







Sunday, September 04, 2011

Kek coklat moist

Kali ini saya mencuba pulak resepi kek coklat moist yang lebih mudah. Juga mengunakan sukatan cawan. Namun kini saya dah ada sukatan cawan mengikut standard iso. Biasanya saya cuma guna cawan plastik anak dara saya. Sebab cawan tu comel jer. Tapi kan tak daya rasanya nak mengagak sama ada betul atau tidak sukatannya tu. Jadi kebetulan terjumpa dekat mana entah (tak hingat plak), maka saya pun terus beli. Pada hal bukan mahal mana pun. Cuma RM4.90 jer.



Resepinya mudah, dan bahan pun mudah didapati. Rasanya dah ramai mencuba resepi ni.

Bahan-bahan (menghasilkan lebih kurang 1kg kek)

A
1 cawan gula castor
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak / minyak jagung
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat

B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh bicarbonat

C
3 biji telur

Cara-caranya:
1. Bahan A dicampurkan dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan sehingga gula hancur dan semua bahan sebati atau licin. Padamkan api. Dan biarkan sejuk sedikit.

2. Bahan B diayak dan digaul sebati dalam bekas berasingan.

3. Telur dipukul hingga kembang.

4. Campukan Bahan B ke dalam bahan A. Kacau sebati.

5. Setelah Bahan A dan B sebati, masukan bahan C. Kacau sebati.

6. Setelah sebati, bolehlah dituang kedalam acuan 8 x 8 inci atau bekas bulat 9 inci.

7. Kukus selama satu jam

Kek ini juga boleh dibakar dengan suhu 175 darjah C mengikut oven masing-masing.
Hasilnya, cukup lembab.

Untuk topping:

2 sudu besar serbuk koko
6 sudu besar gula aising
3 sudu besar susu cair (kalau suka cair tambahkan susu cair lagi, kalau suka pekat kurangkannya)

1. Campurkan serbuk koko dan gula aising. Ayak
2. Masukan susu cair. Kacau sebati di atas api perlahan secara double boil hingga licin.
3. Tuangkan diatas kek tadi.

Selamat mencuba....

Saturday, September 03, 2011

Muffin Vanila

Aha...lama tak update blog ni. Apa nak buat kan. Nak kata sibuk, tapi orang lain pun sibuk jugak. Tapi masih sempat hupdet blog. Sebenornya malas....seperti akar palas. Kenal tak akar palas? Haku pun tak kenal jugak. Tapi disebabkan Pn Emak suka sebut, maka haku pun sebut lah jugak. Agaknya pokok palas nak buat ketupat daun palas tu kut. Haku agaklah....kalau salah jangan marah yer.


Jadi sebelum raya hari tu, saya berkesempatan mencuba muffin yang saya ambil resepinya dari blog pn periuktanah. Minta halal yer. Apa pun muffin ni gebu, lembut dan sedap. Tak rugi mencubanya. Anak-anak pun suka.... Saya buat separuh adunan jer dari resepi asal. Itupun dah dapat banyak iaitu lebih kurang 25 biji muffin saiz sederhana.




Kat bawah ni adalah resepi yang di copy dan di edit sikit dari blog periuk tanah.


Bahan-bahan: (menghasilkan lebih 25 biji mafin saiz besar).


375 gm tepung kek
125 gm mentega 
220 gm gula
4 biji telur A
30 gm baking powder
250 ml susu segar
1/2 sudu teh esen vanilla
chips coklat


Cara membuatnya:
1. Pukul gula, garam dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan kacau guna senduk hingga sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Gaul lagi hingga rata. Gunakan whisk untuk cepat sebati.
4. Masukkan susu, esen vanila dan jagung. Gaul rata.
5. Tuangkan adunan ke dalam cawan mafin.  Nak mudah masukkan dalam beg plastik, kemudian paipkan kedalam cawan muffin.
6. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 20-30 minit mengikut jenis oven. Saya bakar dengan suhu 200 darjah C kerana nak dapatkan muffin yang naik cantik dan merekah.


Muffin lebih sedap jika dimakan keesokan harinya, kerana ia akan lebih lembab.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...