Monday, July 25, 2011

Klinik jual MC di Kuantan

Kalau korang perasanlah, sebenarnya orang lelaki ni lebih tak tahan sakit kan berbanding dengan kita orang perempuan ni. Contohnya masa demam ker, luka ker, selsema ker. Terutama En Suami lah kan. Kalau kita demam, masih boleh masak, jaga anak, basuh kain, sidai kain. Pastu siap boleh hantar anak pergi sekolah. Kalau orang lelaki, mesti tergolek dah tidur atas katil. Demam lah katakan. Nak manja lah tu.

Saya perasan yang En Suami saya tu. Dia memang tak tahan menanggung sakit. Kalau demam, macam tak larat sungguh. Sampai kesian lah pulak. Macam dah kena panggil Ambulan bawak check-up kat hospital. Teruk sesangatlah. Apa nak buat...dia kan tengah sakit.

Jadi saya layan jer. Jadi hari ni dia dijangkiti ulser dalam mulut. Dan seminggu sebelum ni diserang batuk, selsema dan demam. Pepaham jer lah. Kalau kena demam selsema, badan jadi sakit-sakit. Dan kesudahannya, En suami memang moody sikitlah minggu lepas. Anak-anak pun malas nak layan dah. Dan minggu ni pulak, sibuk dengan sakit mulut lah pulak. Sakit sesangat, katanya. Jadi hari ni dia pergi melawat lah ke klinik untuk rawatan. Cis....kena RM80 semata-mata sakit mulut. Rasanya bukan ubat yang mahal sangat tu, tapi MC dua hari yang doktor tu bagi. Rasanya lah kan, MC yang doktor bagi tu bukan percuma. Tapi kena bayar. Mahu 1 hari MC, doktor tu caj RM20. Iyelah, takkan sampai ubat sapu dalam mulut tu sampai mahal macam tu. Kalau beli dekat farmasi mesti tak sampai RM10 pun.

Saya tanya, "Awak mintak MC ker".
"Tak lah, memang dia nak bagi" kata En Suami

Dah sah klinik tu jual MC. Kami bukan nak beli pun. Sebab cuti tahunan pun ada lebih kurang 35 hari lagi. Jadi buat apa nak beli MC nya. Terkena hari ni. Tak pasal-pasal terbang duit. Walaupun tak banyak, tapikan macam membazir jer. Kalau bawak anak-anak makan KFC mesti dah kenyang.

Apa pun, benda dah berlaku. Sabar jerlah. Cuma saya harap dengan harga MC ubat yang mahal tu berbaloi. Diharap En suami cepat sembuh (kerana banyak ragamnya kalau tak sihat nih...kui...kui).

Selamat Datang Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.....
Alhamdullilah.....akhirnya setelah sekian lama bertapa, dapat juga saya meng "update" blog ni. Bukan sahaja dah bersawang, malahan tikus pun dah ada kut. Bukannya malas, namun bila selalu tak update, hati menjadi jauh pada blog ni. Jadi hari ni, saya menguatkan semangat yang setipis kulit bawang putih untuk menghupdatenye...

Insya-Allah, tahun ini kita akan akan diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dengan Ramadhan yang harum mewangi. Saya amat berharap agar Allah swt masih memberi saya peluang untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini. Ramdhan yang mana kedatangannya ditunggu-tunggu dan perginya dirindui. Adakah masih ada peluang untuk saya bertemu dengannya. Insya-Allah. Selagi ada janji Allah untuk saya.

Apa pun, dah ada yang shopping rayer kan. Malahan tempahan untuk baju rayer pun dah tutup. Iklan kuih raya, jangan cakaplah. Sebut jer nak kuih apa, bentuk apa, warna apa. Semua ada. Pokok pangkalnya duit. Iklan perabut pun dah bersepah. Tanpa pembayaran sampai 3 bulan. Wah....boleh gelap mata bila memikirkan perabut yang chanteq-chanteq tu. Rasanya kat rumah, kabinet TV saya dah nak runtuh. Boleh jugaklah kalau berhajat nak tukar.

Tapikan....Masya-Allah. Kita ni nak sambut Ramadhan ker...nak sambut raya aidilfitri. Puasa pun belum, tapi semua benda dah tempah. Rasanya gaji untuk bulan ni dah habis untuk persediaan raya. Jangan disebutlah gaji bulan depan. Pun dah siap perancangan ke mana hala tuju duit tu. He..he...membeli boleh, namun kena beringat. Hakikat Ramadhan adalah supaya kita menginsafkan diri di dalam kekurangan dan kelaparan. Merasai kesusahan teman-teman lain yang mana setiap hari mereka berpuasa. Dan masa untuk merehatkan perut yang setiap hari bekerja... Kilang pun ada cuti kan..

Terasa sinar ramadhan semakin dekat. Tiba-tiba rasa teringat kat kampung. Sehari sebelum ramadhan dan hari raya akan ada mantai. Iaitu hari untuk menyambut dan membuat persediaan menyambut ramadhan atau raye. Nantilah saya cerita pasal mantai ni. Sebab dah terbayang lemang dan rendang yang emak masak. Terliuq sudah...

Apa pun...harap kita diberi ketenangan dan ketabahan dalam menempuhi bulan yang berkat ini.

Wassalam....

Monday, July 04, 2011

Persiapan sehari sebelum majlis perkahwinan

Aha...disebabkan saya tetamu jemputan, maka saya hanya sampai sehari sebelum majlis berlangsung (mesti emak saya tension sebab anak kesayangan dia ni lambat sampai...he3). Nak buat camno kan. Kebetulan yang teramat dimana saya sedang memangku tugas, maka tak boleh cuti selama 28 hari. Ditambah pula saya terpaksa berkursus selama 15 hari di KL. Ini pun wajib jugak. Harap mak saya faham....(Itupun emak dah perli: "Kerja jer lah...majlis tetap jalan"...alahai...sedih pulak.

Apa-apa pun ini lah bestnya bila adik-beradik ramai. Semua dah settle. Masa saya sampai, lauk pauk untuk makan tengahari dah siap, gubahan hantaran dah ready, bilik pengantin dah siap berhias cantik, rumah dah berkemas. Jadi apa tugas untuk saya....he..he...he..jawabnya kena selesaikan doorgifts lah kan. Itu ajer kerja yang tinggal. Nasib baik masih ada tugasan khas OSO, kalau tak memang tetamu jemputan khas lah saya ni. Yang mana datang cuma untuk makan, dan bila majlis dah selesai boleh balik dengan lenggang kangkung...he..he..he..emak jangan marahkan saya yer.

Apa pun mari kita jenguk sesama persiapan sehari sebelum majlis yer...




Masak lemak cili api keladi. Sedap betul. Ada yang terliuq ker..

Fuiyoo...kat Kuantan tak de ni. Kalau ada pun tak sama macam mak masak kan


Kari kepala ikan. Lauk yang paling tak pandai saya nak makan. Sebab banyak tulang dari isi.
Tukang sebuk. Orang penat-penat kemas, dia orang ni pakat-pakat sepah. Boleh berangin satu badan.

Nasib lah...masa ni jugak lah tengah sibuk buat jalan. Tengah nak besarkan jalan Seremban - Kuala Pilah. Sesapa yang dah lama tak lalu kat sini, tentu tak tau bahawa jalan Bukit Putus yang pusing-pusing tu dah jadi sejarah. Dulu masa kecik-kecik mesti muntah lepas lalu Bukit Putus

Khemah dah tersedia. Temanya hitam pink

Bilik pengantin. Chanteknya...

Yang baju hitam tu, orang kuat majlis. Tengah sibuk 'kacau' lauk

Ready....

Aini yang chomel lagi rajin. Dia lah duk tolong saya masukkan barang dalam beg doorgifts. Nasib lah, sebab kakak damia tak der. Kalau tak ada dua orang pembantu kan.

Ini 2 orang kanak-kanak ribena sebagai pembantu tak rasmi. Orang masukkan dalam beg, dia dua orang pakat keluarkan semula. Kalau tegur, tahu lak nangis tu.

Steady...steady...bulan 9 ni kita kena buat sekali lagi yek. Jangan risau...

2 orang ultramen ni memang tak faham bahasa. Bengkak-benjol kepala duk meniru gaya ultramen. Yang tak tahan tu, boleh dia 2 orang ni duduk dalam bilik pengantin masa MakTihnya bersiap. Siap memalu lagi, bila Uwan (emak sayalah) cium Maktihnya.

Adik pasang pelamin. Tengah pening kepala dengan arahan Kaklong saya. Biasalah kan. Bila hantar barang tak sama macam gambar, mulalah rasa kepala masuk air kan. Boleh adik ni hantar kerusi pengantin yang dah koyak.

Friday, July 01, 2011

Persiapan awal sebelum majlis perkahwinan Kaktih

Sebelum cerita lebih tentang majlis, biar saya tunjukkan dahulu persiapan awal sebelum majlis berlangsung. He3...apa lagi kalau bukan proses touch-up rumah. Iyelah tak kan pengantin jer nak berseri-seri. Rumah pun nak jugak. Karang merajuk pulak dia.

Cat jangan tak cat. Biar berseri rumah kita nanti. Jangan sampai tak nampak pengantinnya sudah

Aha...jangan tak tau pengantin pun kena cat sendiri rumah. Kena buli dulu sebelum kahwin....he2


Serius betul bakal pengantin (masa tulah...kini dah jadi isteri orang)

Sampai cam ghitu sekali, jaga-jaga jangan tergolek plak


Segala macam ada. Yang baju merah macam berkawad tu, mem besar a.k.a. mak saya.

Dalam hujan pun jalan lagi. Kerja...kerja...karang kena potong gaji
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...