Monday, May 30, 2011

Berikanlah saya sedikit kegembiraan hari ni..

Setelah pelbagai peristiwa yang memenatkan dan menyedihkan berlaku, saya amat berharap hari ini saya diberi berita kegembiraan lah pulak. Ini kerana kesian pada saya. Pelbagai peritiwa yang belaku. Ditambah dengan pemergian mek tersayang mengadap Ilahi.

Rasa berdebar, rasa seram sejuk, rasa nak ke tandas. Semua ada. Berbaur dalam satu rasa. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Ya Allah sesungguhnya Engkaulah yang Maha penyayang lagi mengasihi. Ya Allah, janganlah Engkau kecewakan hati ini lagi. Berikanlah sinar cahaya yang cantik untuk ku hari ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu ku berserah kini. Sesunggunya, Engkau Maha mengetahui dan mengasihai hamba Mu ini.

Tak taulah nak kata apa. Tapi serasa macam nak terjun bangunan pun ada kini. Tapi sabar itu separuh daripada iman kan. Dan mati membunuh diri amat dilaknat Allah. Seolah-olah telah berputus asa.

Bangunlah segera, jangan lah berputus asa. Sesungguhnya orang0orang yang berputus asa tergolong di dalam orang-orang yang rugi.

Okey...cukuplah tazkirah pagi ini. Seperti biasa setalah lama tidak menulis, akan menulis yang tidak terjangkau dek akal. Mula menulis yang merepek-repek. Tujuannya untuk mengurangkan debar di hati. Tujuannya untuk menenagkan Pn hati yang duk dak duk dak jer kerjenya.

Thursday, May 26, 2011

Semoga roh MEK dicucuri rahmat

Hari ni dikejutkan dgn berita kematian mek iaitu nenak kepada suami. Namun itulah kehendak Allah utk mengambil hamba-Nya kembali pulang ke pangkuan Ilahi. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh. Sesungguhnya ini sesuatu yang berat dan menyedihkan. Namun setiap yang hidup pasti akan mati. Sebagai hamba-Nya, kita perlu redhakan dengan seikhlas hati. Semoga perjalanan roh ini tenang dan bahagia di sisi Allah.


Kita yang masih hidup ini adakah mengingati akan kematian? atau masih diulit mimpi dan keseronokkan duniawi?

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan.” (al-Ankabut:57)..

Kematian bukan hal yang tabu bagi kita, aku, kamu, semua yang ada di bumi ini akan mengalami kematian. Adakah kita tahu saat ajal datang menjemput.? Tiada siapa yang mengetahui saat kematiannya. Andai kita tahu pasti ramai yang menghabiskan waktu menghadap Ilahi memohon keampunan sebelum hampir kematian itu. Andai kita tahu pasti siang dan malam kita tidak lekang dari menyebut nama-NYA.

Apabila kegembiraan mencurah-curah dari hati, bolehkah kita selitkan peringatan mengenai mati? Apabila cita-cita tercapai, kemewahan dikecapi, kebahagiaan tak sudah-sudah, adakah kita ingat esok kita mati dan semua itu akan musnah? Berhasilkah kita menasihati diri sendiri pada saat kelalaian dan lupa daratan? Sungguh susah kerana kita cenderung kepada tarikan cinta dunia dan takut mati. Takut mati kerana tidak bersedia menghadapi kematian kerana masih dengan dosa dan kekotoran yang terpalit pada diri. Mengingati akan kematian sebaik-baik kebijaksanaan akal dan kecergasan minda. Ingat akan mati dapat menyelamatkan diri dari kelazatan dunia dan dosa.

"Mati memisahkan kita dari duniawi,

Mati memisahkan kita dari kekusutan,

Mati memisahkan kita dari bahagia,

Mati adalah janji yang ditepati,

Mati itu pasti bagi setiap yang hidup."


Dan jadikanlah ayat-ayat Allah sebagai peransang dalam meningkatkan motivasi dalaman kita ke arah pembentukan keperibadian soleh dan solehah. "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
Sesungguhnya Dialah yang mencipta perasaan cinta dan rindu itu. Semoga Dia yang sangat kita cintai dan kita rindui akan tetap terpahat kukuh dalam jiwa dan sanubari kita. Wallahua’lam.

Tuesday, May 24, 2011

Pelbagai kejadian berlaku sejak papa tak de

Sejak papa mereka ni pergi kursus, macam-macam pulak yang berlaku kat rumah. Sampai pening kepala saya. Agaknya Allah nak menguji saya kut. Iyelah baru kena tinggal, dah macam-macam.
Mula-mula tu minggu lepas. Tengah masak untuk makan tengahari untuk saya dan anak-anak, gas habis lah pulak. Satu kerja dah ni. Ketika itu ayam bersama kawan-kawan perencah dia dah berenang-renang dalam kuali. Bawang dah ditumis untuk goreng sayur. Lebih malang spare gas pun kosong. Nak buat camno. Tutup semua (untuk keselamatan walaupun gas kosong), bersiap terus ajak abang makan tengahari dekat luar.

Petang tu telefon tauke gas minta hantar gas kat rumah. Mujur dia nak, tapi duk pot pet sebab saya minta dia hantar ke dalam rumah,

"Saya tak hantar sampai dalam rumah. Itulah pasal saya tak nak hantar ke rumah orang. Saya dah banyak hantar gas ke kedai. Ada dekat 100 tong. Puas dah ni", kata si penjual gas.
"Oh...takpelah. Awak tolong hantar satu jer lah ke dalam. Kesian saya. Macam mana nak bawa ke dalam", kata saya meraih simpati.
Nasib baik dia mahu, kalau tidak puas juga saya nak angkut ke dalam. Tapi bagi upah lebih jer kan.

Keduanya, mesin basuh saya baru jer rosak hari Ahad lepas. Nak beli baru, macam boleh baiki. Sebab saya agak kerosakan dia sikit jer kut. Tengoklah hari ni. Kalau tak datang juga orang nak baikinya, saya beli baru jerlah. Tak daya den nak basuh pakai tangan. Nak hantar dobi, sabun dobi tu kuat sangat. Takut anak-anak tak tahan pula. Lagi satu sayang juga nak membayar dobi tu kan (sanggup bersusah dari membayar dobi). Mahu patah pinggang basuh baju. Iye ler...lama benor dah rasanya tak basuh baju pakai tangan ni. Kalau basuh pun cuma baju sekolah abang yang dah kepam tu jer.

Sepatutnya semalam lagi dah ada orang yang janji nak datang ambil mesin basuh saya. Tapi sampai ke sudah hilang tanpa berita. Bila saya telefon semula, macam-macam alasan. Alasan yang paling tak dapat diterima dek akal, lori tak sampai-sampai. Tak kanlah dari pagi sampai ke malam lori tu tak pulang-pulang. Hebat tul kerje driver tu. Kerja satu hari penuh tul. Itulah pasal saya malas nak berurusan dengan tauke Melayu ni. Bukan apa. Saya pun melayu jugak. Tapi kan mereka langsung tak menjaga hati pelanggan. Kalau nak datang lewat bagitaulah. Kalau tak dapat buat hari ni pun bagi taulah. Buatlah follow up. Takde lah saya tertunggu-tunggu. Takut kalau saya cari lain, dia datang lah pula. Alahai....

Dan semalam juga, anak sulung saya kena sengat tebuan lah pula kat sekolah. Balik rumah duk heboh kata sakit. Dia kat kena lebah yang ada warna hitam dan kuning tu. Saya tak kenal lebah. Tapi cikgu dah bubuh ubat kat sekolah tadi. Telefon En Suami, dia minta bawa abang ke klinik. Takut apa-apa hal kan. Jadi bila dah bawa ke klinik, doktor kata bukan lebah tapi tebuan. Oh...yer ke. Saya mana tau. Tapi doktor kata, takut abang alegik dengan sengat dia jer. Kalau tak alergik tak per. Kesannya mungkin naik ruam atau sebagainya. Yang paling ditakuti bila abang muntah. Mujur abang kuat. Alaergik takde, muntah pun takde. Kalau tak, tidur hospital lagilah. Dia tahu mama dia sorang, jadi tak banyak kerenahlah.

Itulah kan, macam-macam berlaku sejak saya tinggal sorang ni. Semoga Allah memberikan saya kekuatan.

Dan hujung minggu ni pula abang akan berkhatan. Dan Insya-Allah emak bersama pakcu akan datang melawat dan memberi tips-tips sihat. Emak saya tu bukan apa sebenarnya, dia nak jadi skuad pemantau. Takut saya tak jaga betul cucu dia tu. Dia takut saya cuai. Jangan risau mak, biasanya anak sakit suami saya yang jaga...kui...kui... Dan saya pun dah cari info-info menjaga anak berkhatan ni. Sekarang ni kan maklumat di hujung jari.... Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. Berdebar sebenornya nak menjaga anak berkhatan....he...he...

Macam-macam tragedi kebelakangan ni

Sejak kebelakangan ini, boleh perasan tak yang cuaca memang tidak menentu. Semacam pelik pula kan. Sekejap panas nya terik, lepas tu tetiba jer hujan dengan lebatnya. Dan dijangka kemarau atau musim panas akan berlaku sehingga bulan september. Mak...aigh...sekarang ni pun dah terlalu panas. Tak taulah pula macam mana nak menghadapi sehingga bulan 9. Panas, berbahang....serasa badan melekit jer walaupun baru lepas mandi.

Tidur malam sewajibnya menggunakan aircond (kalau tidak anak-anak tak lelap sebab panas dan berpeluh). Naiklah bil elektrik saya bulan ini. Dan kadang-kadang kalau ada di rumah pun masih guna aircond. Tak tahan lah. Bila datang hujan sekejap, barulah reda sikit.

Keadaan cuaca sebegini panas tidak memustahilkan banjir. Di kampung saya 2 hari lepas, berlaku banjir. Akibat hujan yang cukup lebat. Malahan berlaku kepala air yang lebih besar daripada kejadian kanak-kanak hanyut hari tu. Nasib baik sahaja, di kala ini tidak ramai yang mandi. Dan hakikatnya ketika itu tiada langsung orang yang mandi di sungai. Nasib baik betul. Jika tidak berlaku lagi sekalilah peristiwa orang hanyut di Ulu Bendul. Limpahan air di hulu menyebabkan bahagian hilir menjadi banjir. Terutama rumah yang berdekatan dengan sungai dinaikki air.

Ajaib. Kuasa Allah tiada tolok bandingan. Air yang teramat cetek itu boleh membawa maut. Malahan boleh membawa banjir. Bak kata emak, ini orang tua pun boleh hanyut ni. Dasyat sekali.

Itulah yang saya tulis tadi, keadaan sekarang tidak boleh diagak. Malahan macam-macam tragedi berlaku. Kejadian tanah runtuh yang mengorbankan nyawa anak-anak yatim ini, satu lagi peritiwa yang menyayat hati. Subhanallah.

Gambar anak-anak yatim sebelum kejadian

Innallillah....
Sesungguhnya Allah lebih menyayangimu

Friday, May 20, 2011

Bila asyik dapat makan free...

2-3 hari ni asyik makan free jer kat ofis. Dari breakfast sampaikanlah minum petang. Best memanglah best. Benda free, semua orang suka. Termasuklah saya jugak. Kalau boleh semua nak makan. Kalau boleh semua nak ditapau. Benda free kan. Jarang berlaku. Jadi jimatlah poket....kunun...

Kalau budak tembam dikatakan kiut, comel, ciku-ciku cak, geramnya.
Kalau mak budak tembam, ada ker yang akan kata kiut atau comel jugak
Rasanya setakat ini tak der lagi yang kata, makcik Nor tu gemuk tapi kiut...lupakan jerlah 
Kesannya, mulalah terasa penuh nasik kat pinggang. Mulalah rasa apsal pakai kain dah tak muat ni. Sempit jer. agaknya baju dah mengecil kut...kunun. Dan kebetulan dua-tiga hari ni merajinkan diri membaking. Lagilah parah. Makan makanan yang tinggi karbohidrat dan lemak tepu. Aduhai, larilah ukuran pinggang ni. macam mana. Nak bersenam, tak de masa doh a.k.a malas sebenornya.

Takut dah sebab rasa badan dah mengembang, sampaikan saya tak berani makan banyak cheesecake yang saya buat hari tu. Tahu jer lah kandungan cheese yang banyak lemak tepu. Hasil gabungan butter, gula menjadikan badan serasa mengelembung. Bertambah lagi bila ditambah serbuk penaik, bertambah-tambah gebulah badan ini. Bukan gebu tapi gendut....kui...kui...

Tapikan apsal lah semenjak dua menjak ni selera makan bertambah. Di kala metabolisma semakin menurun ni. Sampaikan tengok roti + kaya pun dah terliur. Aduhai, ini mungkin fasa awal ke arah kegemukkan. Harap janganlah. Kena mula excercise semula ni dan diet (boleh ker). Baru terfikir pasal diet, dah fikir nak makan. Cam no....Jadinya, biarlah. Asalkan bahagia. Tu yang bertambah-tambah gendut.


Bila dah gendut, camno nak melaram masa kahwin adik saya nanti. Kalau pakai baju fesyen sikit, mahu nampak seperti mengandung. Karang kecik pulak hati kalau orang tegur,
"Engkau tengah mengandung ker"
Takpun...
"Berapa bulan dah ni"
takpun....
"Lah...mengandung lagi ker, rasa baru jer beranak kan. Tiap-tiap tahun betul kau ni"
Tak pun....
"Naik betul badan sejak mengandung kali ni kan"

Padahal, ingin sahaja ku nyatakan bahawa:
"Aku tak mengandung lah. Ini lemak tepu dalam badan (seperti jawapan Dato Siti bila di tanya sama ada mengandung ker tidak).

Hakikatnya, nak gemuk senang. Tetapi nak menurunkannya, boleh merah mata. Berlarilah sampai 10 km pun, belum tentu boleh kurus balik. Kalau rekah pecahan lemak lagi parah. Boleh kekal seumur hidup. Kui...kui...

Aku tak mau gemuk, tapi aku tak boleh kawal makan. Dan aku malas bersenam. Namun aku takut nak makan ubat kurus. Serta aku tak mampu nak pergi ke Slimming World seperti Wardina. Jadi, apa jalan untuk ku.

Hakikatnya, bila dah malas nak fikir....biarkan jerlah. Itulah yang menyebabkan bertambah 3G (gemuk, gendut dan gebu). Dari sehari ke sehari naik seperti termakan serbuk penaik.

Aghhhh.....berikanlah aku kekuatan....
Mungkin...jika kuat semangat boleh mengubah segalanya....Insya-Allah

Thursday, May 19, 2011

Cotton Soft Japanese Cheesecake

Tengahari semalam saya sempat bakar Ciskek yang saya ambil resepi dari Alma. Taklah susah mana. Cuma sebab tak pernah buat, jadi gabra sikit lah....takut tak jadi. Tapi alhamdullilah....jadi kut. Cuma telur merahnya saya tak kacau dengan betul. Jadi berketullah telur merah. Apa pun tetap sedap. En Suami kata macam makan secret resepi.


Ciskek yang masih berada dalam loyang.
Saya letak kertas minyak keliling sebab saya tak gunakan spring foam (loyang yang boleh buka tepinya)

Atas dia sompek sebab lekat pada pinggan masa saya terbalikkan dia
Tak comel dah
 
Inilah hasilnya.
Tak taulah jadi ker tak, sebab tak pernah makan (sebab saya bukan penggemar cheesecake)
Tengok pada rupa dan rasanya mungkin jadilah kut


Bahan-bahan ( 8-inci )

  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).
Tips:
Tekstur kek berketul and masih ada cream cheese yg tak hancur tu. Kalau nak tekstur kek smooth je, paling penting masa mengadun/memutar/menggaul cream cheese tu. Yang penting cream cheese dan bahan-bahan lain seperti butter, telur, mestilah berada pada suhu bilik. Kalau ada bahan yg sejuk, ini boleh menyebabkan adunan bergentel atau tak hancur sepenuhnya nanti.

Juga, masa masukkan apa jua bahan masa memutar cream cheese, contohnya nak masukkan gula atau telur, masukkanlah sedikit, sedikit sebab kalau masukkan semua sekaligus, nanti ada kemungkinan adunan akan bergentel.

Semasa memukul putih telur, pukullah hingga stiff atau bertanduk. Kalau nak dapatkan yang bertanduk, pemutar dan mangkuk adunan mestilah kering. Jangan ada tercampur air atau minyak atau kuning telur dalam putih telur tadi. Kalau tidak, susah nak kental dan bertanduk. Nanti kita pula yang akan bertanduk.

Selepas selesai membakarnya, jangan segera dikeluarkan dari oven. Nanti terkejut keknya, lalu sakit jantung. Takut mendap atau merekah disebabkan perubahan suhu yang cepat. Jadi biarkan dalam oven dengan pintunya direnggangkan. Biarkan sehingga sejuk. Masukkan dalam peti sejuk, baru diterbalikkan.


Malamnya, bakar carrot cake pula untuk MIL saya. Jadi akan dikirimkan melalui En Suami.

Carrot Cake. Resepinya boleh ambil kat sini
Mula-mula makan kek ni, rasa muak.
Lelama rasa tertawanlah pula.

Wednesday, May 18, 2011

Wedding Aniversary....

Hari ni adalah hari ulangtahun perkahwinan saya. Dah berapa tahun yer...kejap nak kira. 1, 2, 3....ha dah 9 tahun saya kahwin. Maaflah lupa. Bukan apa, lain kali saya nak letak gajet yang boleh tolong kirakan. Biasalah, lama dah kawin. Berapa tahun pun dah tak ingat.

Ha...ha...tipu jer. Nak senang ingat, kena ingat umur abang. Sekarang abang dah 8 tahun. Jadi 9 tahun dah saya kawin. Belum sampai 10 tahun lagi. Tapi macam-macam dah dilalui. Biasalah, adat berumahtangga. Ada surut, ada pasangnya. Kejap baik, kejap gaduh. Kejap boleh gelak-gelak, kejap dah bermasam muka. Kejap boleh borak, kejap lagi diam seribu bahasa. Adatlah perkahwinan. Kalau baik jer selalu, tak best pulak. Nanti grafnya mendatar jer. Kenalah ada cabarankan.

Sambutan? Seperti biasa akan sambut kat rumah jer. Ramai sangat ahlinya kalau nak canderlight dinner. Kalau pergi jugak bukan canderlight dinner jadinya. Tapi makan sambil sibuk jaga anak. Lagi satu, ada yang anak saya duk tiup lilin bagi padam. Takut diorang ingat sambutan besaday jer. Nak mintak orang lain jagakan anak, sapa nak jaga. Saya kat sini bukan ada sesiapa. Boleh kalau nak hantar nursery atau pengasuh, tapi tak sampai hati pula. Nak minta tolong kawan, nampak sangat mengada-ngadanya. Diorang pun ada kerja lain selain jaga anak sayakan.

Habis cerita, sambut kat rumah jer. Buatlah makan special sikit. Tadi saya dah bakar Cotton Soft Japanese Cheesecake. Tak taulah jadi ker tak. Main tinggal jer kat rumah. Balik karang baru nak tengok. Harap jadilah. Nanti saya cerita pasal kek ni yer. Baru belajar buatnya. Takut jadi puding jer a.k.a bantat. Kui....kui....

Apa-apa pun, bukan sambutan yang perlu dilebihkan. Bukan cara menyambutnya untuk menentukan bahagia atau tidak. Cuma harapan dan doa semoga perkahwinan kami ini kekal sehingga akhir hayat.

Ya Allah
Janganlah aku diuji dengan ujian yang tidak mampu ku terima.
Jadikanlah kami ini sabar dalam menghadapi sebarang rintangan.
Jadikanlah kami saling sayang menyayangi hingga ke hujung nyawa.
Jika kami diuji, berikanlah kami kekuatan untuk menempuhinya.
Sesungguhnya, Engkaulah yang maha pemurah, pengasih lagi penyayang.
Amin

Kena tinggal lagi....

Baru kejap tadi En Suami bagitau yang dia kena pergi kursus selama 10 hari. Oh, okey... kata saya. Pergilah. Tapi bila saya letak telefon dan berfikir semula, barulah saya perasan. Bukan sehari dua, tetapi 10 hari. Lama tu. Dari senyuman di bibir bertukar kepada kerutan di dahi. Ah...sudah. Macam mana dengan anak-anak. Boleh pengsan aku jaga sensorang...

Sebenarnya saya tak kisah pun En Suami nak kerja luar. Tapikan saya terbayangkan kesibukan yang akan dialami apabila keseorangan. Sebab dah biasa berdua buat kerja yang sama, namun apabila keseorangan boleh pengsan. Sebab dah biasa buat kerja bersama, tapi kena buat sensorang pulak. Pagi-pagi lagi kena bangun, buat sarapan. Lepas tu kejutkan sorang demi sorang. Untuk dimandikan. Lepas tu hantar pergi sekolah dan pengasuh. Lepas tu kena pergi kerja. Tengahari kena ambik abang, masak dan hantar kafa. Petang lepas habis kerja, ambil semula anak-anak. Layan kerenah mereka-makan, mandi, buat homework, dan sebagainya. Memang memenatkan.

Tu bila dengar En Suami kena kerja luar, mulalah saya mengeluh. Kerana jadual kerja yang padat menyebabkan saya keletihan yang teramat. Itulah kengkadang saya ambil cuti kecemasan kalau rasa tak sempat.

Itu yang duk fikir, macamanalah orang lain tu yer. Boleh kena (terpaksa) ditinggalkan suami lama-lama untuk mencari rezeki. Mesti sibuk. Kalau yang bekerja tu sememangnya amat sibuklah. Dan yang surirumah sepenuh masapun turut sibuk. Nak urus anak lagi, rumah tangga lagi, kerja lagi. Memang teramat sibuk. Sampaikan kekadang nak makan pun tak sempat. Kalau anak masih lagi seorang, okeylah. Tapi kalau dan berdua atau bertiga anaknya, lagilah sibuk. Itulah ada yang kata, perempuan kalau dah kahwin habislah. Tak terurus.

Sebenarnya bukan tak terurus, tetapi masa untuk diri sendiri dah terhad. Lainlah bagi yang ada pembantu untuk membereskan segala kerja rumah. Memang boleh debommm. Kalau anak-anak dah besar (boleh berfikir sendiri), dah lega dah. Tapi bagi yang kecil-kecil ni, sabor jerlah. Kalau susun paku lagilah, yakni setahun sorang anak. Apo nak dikato.

Semoga saya diberikan Allah kekuatan dan kesabaran menjalankan tugasan ini. Kalau orang lain boleh, tak akan lah saya tak boleh. Anak-anak anugerah Allah yang terindah. Tidak boleh ditukar ganti. Bukan mengeluh, cuma meluahkan rasa.

Sebab bila dengan anak-anak ni, ada yang kelakar, ada yang boleh menaikkan kemarahan, ada yang mebuatkan kita kesian (terutama kalau sedang tidur), ada yang memeningkan. Tapi itulah yang dirindu kalau saya kena kerja luar pulak.

Hari tu ada sekali saya geram kat Arissa sebab dia payah sangat nak tidur malam. Biasanya dialah paling last tidur. Abang-abang dah tidur, tapi dia paling liat. Agaknya dah terlebih tidur siang kut. Jadi saya kata kat dia, "nanti Rissa tinggallah dengan papa. Mama nak pergi work jauh. Nanti memalam tidur dengan papa".

Agaknya Allah makbulkan doa saya, jadi tetiba saya kena kerja luar. Jadi kenalah tinggalkan anak-anak dengan Papanya. Tapikan tak sampai setengah hari, saya dan mula rindu kat mereka. Masuk hari kedua dah gelisah nak balik. Rasa menyesallah pulak pergi.

Itulah kan ibu. Mesti tak sampai hati dengan anak-anak.

Monday, May 16, 2011

Hadiah kecil untuk guru-guru anak saya

Tahun ini saya cukup beringat pasal hari guru ni. Bukan apa tahun lepas, entah apa yang saya sibukkan sampai terlupa. Bila dah terlupa, tentunya tak ada persediaan. Bila tak ada persediaan, anak-anak pergi sekolah tanpa hadiahlah. Bila tak ada hadiah, sudah tentu si abang bila balik ke rumah akan menangis. Nak bujang saya tu nama jer lelaki. Tetapi hati kecik. Benda kecik pun dah boleh buatkan dia sedih.

Saya boleh jamin 100%, jika dia tak bawak hadiah pergi sekolah hari ini gerenti nangis balik rumah karang. Sebab itulah, minggu lepas lagi dia dah ingatkan saya tentang hari guru ni. Siap dia kata, "Nanti Mama jangan lupa beli hadiah untuk cikgu yer. Abang nak bagi hadiah kat semua cikgu yang ajar abang".

Jadi untuk mengelakkan saya terlupa lagi, maka saya siap-siap tulis di whiteboard. Bagi tak lupa. Nanti kesian kat dia. Kawan-kawan semua bagi hadiah kat cikgu, nanti dia cuma tengok jer.


Apam polkadot
Saya bungkus sekali dengan hadiah utama
 
Cawan comel untuk cikgu abang dan angah
Saya tambah dengan apam polkadot
Semoga semua guru-guru anak-anak saya akan gembira dengan pemberian kecil ini.
Saya tak balut hadiahnya
Cuma saya masukkan dalam beg plastik kecil
Senang untuk dibawa
Untung jadi cikgu sekolah rendah ni. Anak murid boleh nangis kalau tak bagi hadiah. Kalau cikgu sekolah menengah kurang lah sikit. Sebab budak kecil ni memang akan bawa hadiah. Walaupun cuma sebatang pen. Asalkan bawa dan cantik. Siap banding sapa bawa hadiah paling besar, cantik dan cikgu suka. Mesti meriah kalau jadi cikgu sekolah rendahkan. Hari ni mesti penuh hadiah kecil atas meja. Rasa berbalai pengorbanan selama ini.

Selamat Hari Guru - Jasamu akan kukenang

16 Mei  datang lagi. Hari dimana meraikan seluruh warga guru. Hari dimana menghargai jasa guru. Hari dimana mengenang pengorbanan guru. Jika sebelum ini kita seolah-olah terlupa akan jasa guru, namun hari inilah hari memberi penghormatan kepada warga pendidik ini.


Terkenang zaman-zaman sekolah dahulu kala. Saya ini dikira agak nakal jugalah ketika di sekolah. Bukan nakal apa, cuma bila dah berkawan-kawan tu biasalah. Mulalah buat perkara yang pelik. Iyelah ketika di Menengah Rendah saya telah di tempatkan di kelas yang terakhir sekali. Alasannya supaya semua pelajar diberikan hak sama rata. Tidak dibezakan antara pandai atau kurang pandai. Walaupun keputusan UPSR saya agak baik, namun saya masih ditempatkan di kelas 1F. Kelas paling hujung.

Jadi dah jadi ironi. Bila kelas akhir akan bermasalah. Walaupun pelajarnya bercampur. Hasilnya pelajar yang okey akan jadi KO. Saya pun terikut-ikutlah. Tetapi nakal pelajar ketika itu, hanyalah nakal yang boleh diterima akal. Tidaklah sampai menjadi terlampau liar seperti budak sekolah sekarang iaitu bohsia, dadah, merempit, bergaduh atau sebagainya jenayah berat. Nakal ketika itu ialah malas buat kerja sekolah, buat bising, buat cikgu kecil hati sebab tak beri perhatian, dan nakal-nakal yang bodo jer. Walaupun ketika itu dimarah guru, kami masih tidak melawan. Cuma buat muka seposen jer.

Kadang-kadang bila difikir semula, kelakar jugak. Iyelah, pernah satu hari tu kena denda satu kelas lari keliling padang dengan pakai baju kurungnya sebab tak buat kerja sekolah. Cikgu tu sampai nangis sebab kami tak buat kerja lukisan dia. Tetapi masa itu, saya menjadi pelik. Kenapa yer, cikgu tu nangis. Suka hati kamilah kalau tak nak buat kerja. Yang cikgu nangisnya kenapa. Rupanya nangis dia itu sebab kesal, kami sebagai anak didik dia tidak mendengar kata. Malahan tidak menghormatinya juga. Malahan segala arahannya langsung kami tidak ikut. Kekadang timbul rasa kesal. Kekadang timbul rasa kesian. Kat manalah cikgu tu sekarang yer.

Pernah jugaklah ada seorang guru disiplin ini mencabar kami. Yang ketika itu, kami ingin mengambil PMR dalam 2-3 bulan lagi. Sampai dia katakan, "Saya rasa satu kelas ini akan gagal. Tak akan ada seorang pun mendapat A dalam matapelajaran untuk PMR". Sampai hati cikgu HEP itu. Sampai hati berkata-kata seperti itu. Bukan semua kat kelas tu yang berlatarbelakangkan gagal UPSR. Dan bukan kami yang inginkan kelas seperti ini.

Namun kesannya, ada antara kami yang berjaya. Sebenarnya niat guru tersebut baik. Dia cuma menggunakan reverse psikologi bagi menyedarkan kami. Dan Alhamdullilah, kami berjaya. Cuma ketika itu antara kami sukar untuk menerimanya. Iyelah, jiwa remaja lah katakan. Semangat sedang membara-bara. Semua benda dirasakan betul. Semua teguran guru dianggap remeh.

Cuma kesimpullannya, tanpa guru siapalah saya. Tanpa usaha jerit perihnya untuk memberikan saya ilmu, apalah akan jadi pada saya. Tanpa keprihatinan mereka, mungkin saya tidak seperti ini. Terima kasih cikgu. Segala jasamu akan kukenang sampai ke hujung nyawa. Semoga hidupmu guru-guru dilimpahi rahmat Ilahi yang tiada bandingan.


Kekadang teringat pada cikgu saya iaitu Cikgu Noraini, Cikgu Asmah. Mulut cikgu ni memang laser. Namun hatinya baik. Kekadang rindu pulak nak ke sekolah semula. Tapi bila memikirkan homework, lupakan jerlah......

Saturday, May 14, 2011

Tahun yang sibuk

Insya-Allah tahun ini seorang adik busuk masam saya akan menamatkan zaman bujang. Bila ada majlis besar akan melibatkan perancangan dan budget yang besar jugalah.

Jadi setelah diagih tugas oleh perancang majlis yakni Kaklong saya, saya telah diberi tugas menyediakan doorgift. Doorgift terdiri daripada cupcakes mudah jer.


Serta mencari hantaran coklat cantik dan cupcakes comel untuk adik saya. Jadi saya dah rambang mata. Semua cantik menawan, semua membuat hati tertawan, mana satu akan jadi pilihan. Chewah....

Coklat love box

Jambangan coklat

Fondant cupcakes


Buttercream cupcakes






Semuanya cantik manis. Zaman saya dulu mana ada cam ghini. Semuanya simple jer. Apa nak buat, zaman ku telah berlalu. Tinggal zaman adik-adik jer. Kena buatlah bagi adik-adik suka dan gumbira kan. Saya kan kakak mithali.

Hampir kena rompaklah pula....

Semalam dalam pukul 5.00 pagi, adik saya sms bagitau rumah kami di Ulu Bendul hampir di pecah masuk oleh perompak. Macam-macamlah pulak kat kampung ni. Kalau sebelum ini, kes kanak-kanak hanyut di Taman Rekreasi Ulu Bendul. Belum pun reda kes ini di mana kanak-kanak terakhir masih belum ditemui, ada kes lainlah pulak. Macam-macam betul lah. Menakutkan lah pulak.

Mujur emak saya terbangun ketika itu, kalau tidak tak taulah apa akan jadi. Kebetulan emak saya memang kerap bangun malam untuk sembahyang tahajut. Jadi pada malam kejadian tu, dia semacam berat hati jer nak bangun. Namun digagahkan juga untuk bertahajut dalam pukul 2.00 pagi. Dan emak saya telah sambung tidur semula.

Dalam pukul 3.00pagi, tetiba emak saya terdengar bunyi "tek". Kemudian berhenti. Tak lama kemudian berbunyi sekali lagi. Kemudian sekali lagi berhenti. Masuk kali ketiga ia berbunyi, emak saya pantas bangun dari tidur, lantas membuka lampu luar berhampiran dapur. Kelihatan 2-3 orang yang tidak dikenali sedang lari bertempiaran menghala ke sungai belakang rumah. Mereka dalam keadaan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek. Malahan selipar jepunnya pun tertinggal. Dengan segera, emak mengejutkan adik-adik saya (mujur juga pakcu ada di rumah). Rupanya bila dibuka pintu dapur, didapati pintu grill dah terkopak. Cuma tinggal sedikit sahaja nak putus bagi membolehkan perompak tu masuk. Bunyi yang emak saya dengar itu, rupanya bunyi gunting besi dimana perompak guna untuk gunting pintu grill.

Mujur ketika itu, emak saya tidak segera membuka pintu. Kalau tidak tak tahulah apa akan jadi. Rasanya perompak itu dikalangan pekerja Indonesia yang tiada permit yang baru tinggal di rumah sewa sebelah rumah kami di kampung. Ini berdasarkan apabila pihak polis yang tiba tidak lama kemudian mendapati lampu rumah tersebut terpasang ketika itu, dan tetiba sahaja terpadam. Padahal mereka tak tau pun ada polis ketika itu. Dan apabila polis datang, apsal pulak lari bertemparan. Alasannya tiada permit. Kalau hanya tiada permit, mengapa terus tidak hadir bekerja pada hari tersebut. Pekerja Indonesia ketika ini sedang melakukan kerja-kerja penaiktarafan jalan raya di kampung saya. Jadi telah menyewa rumah sebelah rumah kami.

Menurut pengurus projek penaiktarafan jalan Seremban Kuala Pilah tersebut, dia tidak tahu apa-apa. Dan mereka telah 'sub' kan projek itu kepada kontraktor lain. Dan dia pun tidak pasti berapa ramai pekerja Indonesia yang tinggal di situ. Apa yang cukup saya kesalkan ialah menurut pengurus tersebut bahawa PIHAK POLIS sekitar SUDAH TAHU MEREKA MENGGAJIKAN PEKERJA ASING TANPA IZIN. DAN PIHAK BERKUASA INI TIDAK AKAN KACAU ATAU AMBIL TAHU HAL PEKERJA ASING INI.  Saya cuma berharap ini hanyalah cakap-cakap kosong pengurus tersebut. Kerana jika benar, ini adalah satu kesalahan besar dibawah undang-undang rasuah.

Cuma saya amat berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan dengan telus dan cepat. Ini supaya perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi kepada orang lain. Tahu sahajalah kesannya jika mereka ini berjaya memboloskan diri ke rumah kami. Dan saya pasti pengurus tadi tidak akan berkata-kata seperti itu jika ada yang cedera atau mati. Tak kanlah nak tunggu ada yang cedera atau mati baru hendak bertindak.

Dan menurut pegawai polis tersebut, kemungkinan besar perompak ini akan datang semula. Mungkin bukan dalam sehari dua ini. Mungkin dalam sebulan dua ini. Diharap berhati-hati katanya.

Saya tahu pihak polis akan menyiasat kes ini dengan segera dan telus. Kerana hanya nila setitik, rosak susu sebelanga. Profesion kepolisan menjamin keintegritian seseorang.

Wednesday, May 11, 2011

Dadih - lembut dan sejuk

Kebelakangan cuaca amatlah tidak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan.  Dalam keadaan panas terik itu pun boleh tetiba jer hujan lebat. Jadi keadaan cuaca menjadi sukar untuk diramal. Dan ketika ini cuaca amat panas. Sehinggakan terasa bahangnya. Walaupun duduk dalam tempat yang berhawa dingin, masih terasa bahangnya. Serasa tidur pun berpeluh. Anak-anak saya lagilah, sampaikan tidur pun pasang kipas dan penghawa dingin. Kalau tak, sekejap jer dah ada yang merengek-rengek sebab panas. Itulah kekurangan rumah batu kerana batu sumber yang baik untuk menyerap suhu panas dan mengekalkannya dalam satu masa yang lama. Nak buat rumah kayu mahal sangatlah pulak. Tetapi kelebihannya, rumah diperbuat daripada kayu lebih sejuk.

Jadi serasa ingin makan sesuatu yang sejuk agar tekak menjadi dingin. Boleh mengurangkan suhu dalam badan yang boleh menyebabkan jika tidak terkawal akan mengganggu ekosistem orang lain. Suhu panas boleh menyebabkan angin satu badan. Sebelum limpahan lahar kepanasan dalam badan dikeluarkan tanpa amaran, baiklah disejukkan terlebih dahulu. Salah satu jalannya ialah makan sesuatu yang sejuk. Agar tekak tu sejuk jer. Jadi tak sempatlah hawa panas tu nak keluar dari tekak.

Saya menggunakan serbuk dadih buah-buahan segera. Yang mana hanya perlu ditambah air, susu cair dan gula sahaja. Cukup mudah. Tak sampai setengah jam sudah siap. Hasilnya sungguh sedap dan menyejukkan. Hati yang lara boleh bertukar ceria....kui...kui...


Sepaket serbuk campuran dadih buah-buahan segera

Boleh menghasilkan sebanyak ini
Kalau tak silap saya boleh dapat dalam 35 bekas plastik kecil
Banyaknya, siapa nak makan ni
Tak per, akan ku agih-agihkan kepada rakan seofis yang berminat

Boleh buat jual dah ni....ha...ha...
Padahal semua orang boleh buatkan....
Senang sangat

Dadih

Bahan-bahan:
Sepeket serbuk dadih (yang ini perasa jagung)
1 tin susu cair
100 g/5sb gula pasir
3000 ml air

Cara-caranya
1. Campurkan air, gula dan susu cairkan. Panaskan sehingga mendidih. Kemudian padamkan api.
2. Masukan serbuk dadih ke dalam bahan yang dididihkan tadi. Kacau selama 5 minit.
3. Kemudian masukkan gula buah-buahan (yang sememang ada dalam paket serbu dadih tadi). Kacau rata.
4. Tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan.
5. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Tuesday, May 10, 2011

Terjemahan Solat - Petua kusyuk solat

Sekadar pengkongsian ilmu yang saya dapat dari forum halaqah. Sekurang-kurangnya dapat mengingatkan diri saya sendiri dan kita bersama.


Mensucikan diri dengan mengabadikan diri dan menyembah kepada yang maha berkuasa...
Segala ilmu ada berada di dalam rukun sembahyang...yakini lah bahawa kamu sedang berdepan denganNya
Sehingga tertibNya sebuah perjalanan... dan memahami siapa tuhan dan siapa hamba.

Fahami terjemahan solat nie... apa yg di sebalik ilmu...dan di sebalik kejadian...
amin.


Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Doa Qunut Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Hidangan best di Kota Bharu

Kebiasaanya jika pulang ke Kota Bharu, saya jarang masak. Ini kerana banyak pilihan makanan tempatan yang best boleh dibeli dengan mudah. Dan biasanya pepagi lagi saya dah berkirim sarapan pada suami supaya membelikannya di sekitar Wakaf Che Yeh.

Menu yang biasa saya makan ketika di sana ialah nasi dagang. Sememangnya di Kuantan turut ada menjual nasi dagang, namun tak sama seperti nasi dagang Kota Bharu kerana berwarna merah keperangan dan lembut. Tetapi nasi dagang di Kuantan berwarna putih dan keras.

Karipap pusing + karipap penyek
Kenapa saya panggil karipap penyek sebab bila dah gulung lepas tu kena penyekan bagi lekat

Ketupat daun palas
Rupanya terdapat banyak versi ketupat ini
2 versi utama iaitu ketupat tawar (cuma letak garam sedikit) dan ketupat manis
Tambahan pilihan iaitu kacang, daging, serunding (sambal)

Satu lagi makanan wajib ketika di sana
Laksam

Pulut panggang + tepung bungkus

ABC Tesco KB
Sedapnya....
Anak-anak tak boleh sebab nanti batuk
Papa tak per, sebab papa dah imune dengan penyakit tu
Jadi biar papa aje habiskan semua okey.
Semua setujukan...kui....kui...
Jadi anak-anak minum air kosong jer yer...
Budak-budak tak elok makan manis-manis, nanti rosak gigi

Akok panas
Tempat ini memang saya tak pernah "miss' lagi kalau ke Kota Bharu
Setakat ini, tempat inilah akok yang paling best
RM1 - 3 biji
Cara pembuatannya yang masih tradisonal ini membuatkan kuih itu lemak berkrim disukai ramai
Saya pernah beli kuih ini di tempat lain, tapi tak dapat sesedap ini.
Pernah juga cuba beli di Selinsing, tetapi akok dan bahulunya dahlah keras, malahan hangus.

Kat sinilah tempat saya beli akok tu
Jadi sesiapa yang lalu sini boleh cuba
Gambar akoknya tak sempat ambil, dah habis.
Rupa Akok sememang huduh, namun hatinya baik sebab sedap dan lembut

Monday, May 09, 2011

Semoga cepat sembuh mek...

Apabila berhadapan dengan ujian kesakitan , ada dua tanggungjawab yang mesti dilakukan. Pertamanya, kita hendaklah berikhtiar sebagai manusia. Kedua, disamping ikhtiar sebagai manusia, jangan lupa kepada kuasa Allah. Kekuatan emosi dan spiritual amat penting dan merupakan sebahagian daripada komponen rawatan. Dan kekuatan itu tidak mungkin dapat diperolehi melainkan dengan kembali kepada Tuhan.

Kembali kepada Tuhan, maksudnya membetulkan iktikad, meluruskan iman dan meletakkan pergantungan hati hanya kepada Allah SWT. Sentiasa bersangka baik dengan membetulkan sangka dan kepercayaan kita kepada-Nya. Jangan sekali-kali menganggap bahawa sakit ini merupakan suatu musibah, nasib buruk atau hukuman. Tidak… Dalam hidup ini, sihat dan sakit kedua-duanya adalah ujian. Diberikan kesihatan yang baik untuk menguji adakah kita syukur dan berterima kasih di atas nikmat-Nya. Kita diuji dengan kesakitan untuk menguji adakah kita sabar dan ingat kepada-Nya. Jadi, sakit dan sihat, dua-dua adalah ujian, dan dua-dua boleh jadi baik atau buruk. Baik jika kita positif terhadapnya, dan buruk jika kita memilih untuk berfikiran negatif terhadapnya.

Semalam mendapat perkhabaran kurang enak dimana mek (nenak suami) kurang sihat. Ada tanda-tanda penyakir buah pinggang menyerang. Dan kini telah ditahan di hospital Sungai Buluh. Diharapkan mek akan cepat sembuh. Dan boleh sihat seperti biasa. Sesungguhnya terlalu banyak jasa mek dalam membesarkan suami saya.

Sepatutnya semalam lagi kami hendak gerak menziarah mek. Namun bila memikir semula jadi perlu ditunda kerana minggu ini adalah minggu terakhir penilaian pelajar. Jadi minggu depan pelajar telah bercuti untuk revision. Jadi hanya minggu ini sehaja yang kami ada untuk bertemu pelajar sebelum final exam. Jadi setelah ditimbang, ditolak, ditambah, maka Insya-Allah 2-3 hari lagi kami akan berangkat.

Dan harapan saya, semoga penyakit mek akan berlalu pergi. Sesungguhnya juga, diharap diberi kesabaran dan kekuatan kepada semua agar tabah menjaga mek.

Penyakit buah pinggang : Tanda dan gejala.

Ketika penyakit buah pinggang menyerang,tanda-tanda dan gejala boleh muncul secara bertahap.Setiap individu yang mempunyai penyakit ini pula akan berbeza-beza tanda dan gejalanya.Antara tanda-tandanya ialah:
  • Sentiasa merasa penat
  • Hilang nafsu makan
  • Merasa mual dan muntah
  • Berlaku pembengkakan anggota seperti kaki dan muka
  • Gatal-gatal
  • Mati rasa pada tangan dan kaki
  • Kesukaran ketika membuang air kecil
  • Mengantuk
  • Tekanan darah tinggi
  • Anemia
  • Masalah penumpuan
  • Masalah tidur
  • Kekejangan otot
  • Kulit menjadi gelap
Disebabkan tanda-tanda dan gejala penyakit buah pinggang hampir menyamai masalah kesihatan yang lain,sebaiknya anda berjumpa dengan doktor dan beritahu tanda-tanda yang di alami dan buat pemeriksaan kesihatan.

Sunday, May 08, 2011

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu, emak, mama, mami, umi dll

Semalam saya menghabiskan masa sehari suntuk di rumah. Menjaga anak-anak. Sepatutnya saya kena kerja. Tetapi disebabkan En Suami juga 'terpaksa' bermain futsal di Serdang pada masa yang sama. Jadi kami telah 'one two zom'. Pemenangnya adalah En Suami. Sepatutnya saya ikut serta menjadi tukang sibuk majlis, namun sebab penat + letih, tak jadilah ikut.

Selepas seharian ini, boleh disimpulkan agak memenatkan. Bagaimanalah orang yang jadi surirumah sepenuh masa yek... Saya pengalaman untuk sehari ni pun dah terduduk. Sampai nak masak pun tak sempat. Jadi anak-anak makan yang simple aje hari ni. Nasib baiklah papa balik bawakan diorang makanan. Kesian anak-anak saya. Ingatkan mama ada kat rumah, boleh makan best-best. Nasiblah kan.

Saya amat kagum dengan kawan-kawan yang duk berjauhan dengan suami ni. Tabah, kuat, berdikari dan paling penting sabar. Saya yang baru suami tak de sehari jer, dah kelam terlibut. Tetapi Allah itu maha mengetahui. Setiap kesulitan ibu-ibu yang berjauhan dengan suami ini diberian kemudahan. Malahan anak-anak ini juga seolah-olah faham ibunya keseorangan dan mereka menjadi tak banyak kerenah.

Ada sorang rakan saya ni, ditakdirkan ketika mengandungkan anak kedua, suaminya ditukarkan kerja. Jadi terpaksa berjauhan. Tetapi Alhamdullilah, dia dianugerahkan oleh Allah dengan tidak mengalami alahan semasa mengandung, anak pertamanya tak banyak kerenah malahan sentiasa mendengar kata, dan semasa bersalin juga dipermudahkan. Allah tahu dia keseorangan.

Tetapi sesungguhnya kesusahan kita keseorangan itu akan dibalas oleh Allah dengan kesenangan dan kemudahan yang orang lain tidak perolehi.  Selamat Hari Ibu. Semoga segala pengorbanan kita ini akan dibalas oleh Allah. Insya-Allah.

Jadi sambung semula dengan anak-anak saya. Sanggup 3 beradik ni berjaga untuk tunggu papa mereka walaupun jarum jam dah hampir menunjukkan pukul 11 malam. Biasalah anak papa kan. Antara makanan yang berkhasiat + tak sihat yang dibawa oleh papa. Namun anak-anak suka sangat.

Donut Senyum. Salah satu makanan yang tak berkhasiat. Dahlah manis. Takpe la...sesekali
mujur ada jambu pengubat kepada makanan kurang sihat tadi
Satu lagi makanan kurang khasiat. Tapi biasalah anak-anak suka, mak ngan pak tumpang sekaki

Tak sia-sia tunggu papa

Friday, May 06, 2011

Apam polka dot

Apam polkadot

Sekarang sedang musim demam apam polkadot. Sehinggakan ramai yang mencuba. Malah ramai juga menjadikan pendapatan sampingan. Jadi saya pun antara yang terkena demam ini. Bukan demam Akademi Fantasia yer.

Apam ini cantik sangat sebab warna-warni dan comel lote. Sebab itulah ramai yang turut jadikan apam ini sebagai doorgift. Kalau apam biasa yang warna merah putih tu, malu pulak kalau nak jadikan doorgift. Kuih ini pun sebenarnya hanyalah apam biasa yang ditambah dengan inti, lepas tu di dot-dotkan. Disebabkan cantik dan menarik, maka ia diminati ramai.

Resepinya mudah, bahan sedia ada....cuma leceh sebab kena bermain dengan warna. Selain perlu didot kan dengan teliti. Jika tidak akan comotlah hasilnya.

Tapi setelah mencubanya, saya rasa senang jer. Dan semua orang boleh buat. Kerana kalau saya yang keras tangan ni menjadi, mesti orang lain pun jadi jugak. Hasilnya walaupun tidak secantik profesional namun bolehlah. Saya kan budak baru belajar, mestilah ada cacat celanya.

Resepinya :
Bahan:

3 biji telur sejuk-dr peti ais (saya guna gred B)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa
Pewarna

Cara-caranya:


1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang..
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
5.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...

Hasilnya....
Walaupun kurang cantik, tapi masih boleh dapat 1 bintang kut
Acuan yang saya gunakan.
Tapi comel betul apam ni
Sekali ngap ajer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...